Thursday, February 09, 2012

Rage 3.0 - Episode 2

So we continue...
---------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh ke-4

Aku suka mengambil gambar, begitu juga kebanyakkan orang. Bila amik gambar, kita upload di FB. Nak print gambar, masih student- duit takda. Yang kelakarnya bila kau upload gambar, contohnya gambar kau pergi Negara China- student trip bersama lecturer, first time kau ke luar negara dan ingin berkongsi gambar dengan rakan2 yang tak pergi. Mesti nanti dalam comment gambar kau, ada sorang makhluk yang akan menulis:

'eee, pergi x ajak~ sombong la sekarang~~'

Kepala bana kau aku nak ajak. Kalau kau ayah aku pun aku rasa kekwat kalau tetibe ayah aku comment camtu. Inikan pula kau hanyalah seorang makhluk yang dalam list friend aku, dan kau yang add aku, jarang2 tegur aku, tibe2 kat gambar aku kau comment 'pergi tak ajak'. Pelik2. Ni baru gambar kat Negara China, belum gambar yang ditag oleh Restoran Barra (apa motif nak amik gambar orang tengah makan kecuali untuk promote anak2 gadis kesepian). Kat situ pun korang komen:

'perghhh, makan tak ajak~~ camni lah syazwan sekarang, lupa member'

Susahlah camni. Aku makan pun nak kene ajak. Kau nak aku tulis gak ke kat gambar2 kau seperti:

'perghh, bbq tak ajak, camni la member'
'perghh, masuk MLM tak ajak, camni la kawan lupa kawan~'
'perghh, amik gambar berpelukan ngan awek tak ajak~~, camni lah lupa kawan~'

Kan tak best bunyi tu. Setiap masa kene kacau dengan komen tah apa2. Tapi nak buat camne. Dah kalau share di FB, your life is for everyone. Sharing is caring. Tapi nanti aku dah mati, kalau ade orang tag nama aku kat kubur aku, time tu kau jangan tak comment 'pergi tak ajak' plak. Please. Aku nak kau teman aku time tu.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh ke-5

Contoh yang ni terbalik dengan contoh ke-4 kerana aku yang jadik penyibuk tu. Tapi aku tak komen kat gambar2 kau dengan komen bodoh itu. Aku akan cuba mencari idea mencari apa yang boleh aku komen kat gambar@status@link yang korang post. Sebab2 aku sibuk nak komen adalah:

- korang dah letak kat FB, so it was ours to share.
- sape suruh ko tak tag nama2 orang yang boleh komen kat gambar@status@link kau
Sebenarnya aku kesian tengok status2 yang tidak ada komen mahupun like. Samalah juga gambar. So seboleh2nya aku akan cuba untuk memenuhi hajat korang yang cuba untuk berkomunikasi dengan manusia secara indirect. Paling bangsat aku boleh buat, aku akan tumpang sedih@gembira@marah bergantung dengan keadaan status@gambar kau camne. Aku tahu korang dambakan populariti dalam FB. Aku dulu pun pernah cuba camtu, tapi muka gengster perut boyot, anak2 gadis kurang berminat nak naikkan populariti aku. So aku taknak korang kecewa macam aku, aku akan pastikan kawan2 aku semua like status@gambar kau ye. Kau tak kesah kan? So contoh kalau status kau tu, kau buat quote yang aku tahu kebanyakkanya kau curi dari internet atau lagu, aku akan try tanya apa definisi yang kau faham dari quote tu. Aku akan mintak kau explain kat aku secara detail tentang apa yang cuba disampaikan dalam quote tu. Perbincangan yang sihat malahan boleh dapat mengembangkan minda. Dok gitu?

---------------------------------------------------------------------------------------------

That's all peeps for now. Kesimpulannya jangan menyimpul benang yang basah. Susah. Sekarang aku sedang dengar lagu Atreyu-Bleeding Mascara. Kalau nak dengar pergi youtube, type sendiri. Jangan malas. Jangan main-main. Pakcik dan makcik jangan main-main.

So kalau dah main FB jangan marah kalau orang sibuk dengan hal kau. Dan jangan terlalu sibuk untuk tahu hal orang. Jiran sebelah rumah tak nak pulak bertegur sapa, tanya nama sape, asala mana, ni orang tu dok jauh kat Utara, Timur, Barat, Selatan la kau dok nak tahu hal dia. Esok pagi kalau terserempak jiran tegur, tanya khabar dia. Kalau taknak tahu, jangan nak amik port hal orang dalam FB. End. Assalamualaikum.

4 comments:

zul a.k.a kingsix said...

bagaimana pula dgn orang yg like status sendiri?

Anonymous said...

like status sendiri is like blowing your own dick..hahahhaha

akue said...

orang yang like status sendiri adalah orang bodoh. end.

charakuta said...

ade gak yg like sendiri comment sendiri...tuh lg giler...hahaha