Thursday, February 09, 2012

Rage 3.0 - Episode 1

Assalamualaikum.

Apa khabar semua!!! I'm back peeps!! Wazzup wazzup!!

Ok cukup dah gedik. Kat FB dah gedik, kat sini kita serius. Jangan main-main. Pakcik dan makcik jangan main-main.

Semalam malam aku lepak makan tempe kat sebelah Dewan Jubli Intan, Batu Pahat (kalau tak tahu lantak korang). Keluar pukul 9, ingatkan pukul 10 dah balik, tengok2 jam dah pukul 1230, WTF. Tapi apa aku nk bincangkan di sini adalah mengenai salah satu topik yang aku dan member2 aku borakkan mengenai KEHIDUPAN DI ALAM FB.

First and foremost,

'segala yang tertulis adalah dari segi pandangan aku, tidak kene mengena dengan yang hidup atau yang mati kecuali rakan2 aku yang sekepala ngan aku, yang x sekepala...lantak hape aku'

Bagi yang tak bermain FB sangat, perkara ni xdelah mengganggu kitaran hidup mereka, tapi bagi aku yang selalu melayari FB untuk mencari 'erti kehidupan' mula merasakan makhluk2 tegar FB makin menjadi-jadi. Tapi bila aku pikir2kan semula, aku dulu pun camtu gak tapi aku start men FB sebetul2nya masa aku berumur 22 tahun, lepas abes diploma dan baru start kerja (tahun 2008) so xdelah tergedik sangat. Kembali kepada cerita asal, bagaimana FB mengambil alih kehidupan manusia.

Sebelum wujudnya laman2 sosial ni, kehidupan seorang manusia itu adalah hak milik peribadi. Kemudian kita akan berkongsi dengan pasangan hidup, kawan2 dan keluarga. Itupun tak semua yang kita beritahu. Selebihnya mungkin kita mengadu kepada pelacur yang dilanggani ketika isteri sedang pantang di kampung halaman, kepada orang asing yang tidak faham bahasa melayu, kepada kucing yang hanya menjilat kakinya ketika kau meluahkan perasaan, dan kemudian kepada Yang Esa bagi orang-orang yang mcm aku bila dah desperate baru nak teringat Tuhan (oh jahilnya aku~). Tapi kehidupan ini sudah lama berlalu. Sekarang zaman sosial. Tiada rahsia dalam hidup melainkan kalu kau memang pandai menyimpan rahsia (Dr. Fadzilah Kamsah mengatakan ciri-ciri orang lahir bulan November kebanyakkannya pandai menyimpan dan mencungkil rahsia, mungkin korang pandai cungkil tapi tak pandai simpan).

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh Pertama.

Sekarang dengan adanya laman sosial, aku boleh tahu apa kau buat haritu tanpa kau beritahu aku. Contohnya:

'Harini memasak untuk hubby. Kesian hubby lapar~. Maaflah masakan tak berapa nak sedap'

Ok ini salah satu perkara yang menyebabkan kehidupan kau sudah tiada rahsia lagi. Tanpa perlu tanya kau, aku dah tahu:
- Hubby ko pelahap
- Kau tak pandai memasak
- Mak mertua datang nak rasa masakan, tapi kau pakai 'Perencah Nasi goreng Maggi', so masakan kau automatik rasa sedap

ok aku merapu no 3 tu. Tapi apa yang aku nak tahu kenapa kau nak beritahu dekat status FB bahawa hubby kau lapar? kenapa kau buat status kau tak pandai memasak? Adakah sebenarnya kau nak meminta seseorang mengajar kau memasak tapi oleh kerana nak nampak macam indirect question, kau buat status ala-ala isteri gedik? Dan siapa nak tahu hubby ko lapar ke tak? Hubby kau pun tak main FB dah so dia tak tahu pun kau tak pandai memasak sebenarnya. so nnt kawan2 laki hubby kau yang masih bermain FB akan beritahu kat hubby kau yang kau tak pandai memasak, pastu dia tanya 'mana kau tahu'. pastu dia cakap 'isteri kau cakap'. pastu gaduh. end. ok merapu dah melampau sangat. Fahamkan apa yang aku cuba sampaikan? Tak paham xpe, ada banyak contoh lagi. Tapi status2 seperti ini menyebabkan aku meng-unsubscribe-kan kau supaya aku tak terus nyampah. Nanti dosa.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh ke-2.

Pernah tengok orang upload gambar anaknya selalu kat FB? Ye saya tahu kamu sayang anak kamu. Tapi saya tak sayang anak kamu. Kalau saya sayang anak kamu, saya seorang pedobear dan haru ditangkap polis. So maafkan saya kerana tidak menyayangi anak kamu seperti yang kamu harapkan. Balik2 bukak FB, muka anak kamu terpampang di laman home saya. Ye mungkin kamu upload gambar anak kamu kerana taknak terlepas moment die membesar, mungkin ada makcik2 kamu yang dah lama tak jumpa kamu nak tengok gambar anak kamu walaupun dah ada dua album anak kamu dalam FB kamu. Tapi bagi orang macam aku, yang dah lama tak jumpa kamu, tiba2 jumpa, aku dah tahu anak kamu boleh buat apa, pakai diapers apa, baju tu beli kat mana, dah boleh cakap apa tanpa kau beritahu aku. Kalau anak kamu tu bebal, mungkin dia ingat aku David Blaine. Tapi anak kamu pintar, boleh main game di laptop dan iphone kamu, mengalahkan score kamu lagi.

So, aku dah tahu anak kamu boleh buat apa smua, apa je topik yang aku boleh bual ngan kamu? kerja kamu? Kamu selalu je update status FB so aku anggap kamu tidak bekerja. Isteri kamu mengandung? Apa efeknya pada diriku? Adakah bila dengar isteri kamu mengandung menyebabkan perutku tibe2 busung seperti ibu mengandung? Tidakkah kamu teringat bagaimana kamu masa remaja selalu menyelongkar album2 gambar keluarga mencari gambar2 kamu masa kecil? Bukankah seronok pengalaman itu? Sekarang bukak laptop je dah nampak folder gambar anak berjela2. Kalau di-print lain la cerita, tapi ini dibiarkan sahaja di dalam laptop. Mudah dan murah katanya. So kalau mahu diceritakan kisah anaknya di dalam FB, biarlah berpatutan pada hari2 yang meaningful seperti:
- hari Danish(bukan nama sebenar) dia berkhatan
- hari dia khatam al-Quran pertama kali
tidak perlulah yang tidak bermakna seperti:
- hari Danish cebok bontot first-time(kalo ada sumpah aku tak berminat nak tahu).
- hari dia menyanyi lagu Anuar Zain dengan fasihnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh ke-3.

Pernah tengok anak gadis? Comel kan mereka. Tapi dalam FB mereka dah tak comel. Kenapa? Kerana di dalam FB anda dapat melihat bagaimana anak gadis bertukar menjadik attention whore. Biasanya terjadik kat anak gadis baru melonjak ke alam universiti. Hari-hari perlu di-update statusnya. Tidak update sehari tidak sah, macam aku juga. Tapi aku tahu aku update status pun tidak membawa impak kepada anak2 gadis. Tetapi anak2 gadis ini kalau update status akan membawa impak jantan2 kelaparan di alam FB. Merekalah tukang like status anda. Tanpa jantan2 kelaparan ini, status anda tak dapat like sampai 50 lebih. Jikalau ada anak2 gadis kelaparan, dah lama status FB aku mencapai 100 like. So anak2 gadis ini sudah berkongsi kehidupan seharian mereka di dalam FB, kan bahaya itu. Jikalu setakat jantan2 kelaparan tidak apa, tetapi jikalau jantan2 spy bagaimana? Kalau kamu update foursquare kamu di Jusco Melaka contohnya, jantan2 spy ni yang mungkin berdekatan dengan Jusco akan keluar dan mencari kamu di Jusco, memerhatikan kamu dari jauh, dah puas tengok, balik fapping. Kan tidak manis itu. Elok saja jika mahu update status hari2, jangan memberitahu kamu buat apa dan dimana, elok saja memeberi status yang membina diri seperti:

- hari ini i pergi kedai Jakel beli kain kafan untuk belajar kelas agama petang ni. seronoknya! XOXO :P

lagi elok jika anak2 gadis ini tidak kerap meng-update dirinya, kalau dah tahu apa yang mereka suka dan tak suka, siapa rakan2 rapat mereka, tiadalah kesukaran dalam berkenalan dengan mereka, tidak perlulah buku 'Bagaimana untuk memikat anak gadis' keluaran Jun 2009 oleh Basheer Publishing. Tidak bergunalah petua2 ibu bapa untuk memikat anak gadis. Stalk mereka di FB selama beberapa hari, dan anda berpeluang untuk FB chat dengan si dia. Pastikan anda buat-buat tak tahu apa yang mereka suka makan, minum, dengar musik apa, tengok cite apa. Pasti berjaya!

------------------------------------------------------------------------------------------------------

TO BE CONTINUE...

1 comment:

BearDude said...

lolz... ni da rage xmemasal... haha..
part up pic ank tu cool, psl kekadang browse balik photo2 lama dlm fb nie best gak... lagipun siap ada comment kot... haha