Tuesday, February 14, 2012

Apa itu Kahwin? Part 1: Lelaki

Assalamualaikum

Cuti memang best. Tak perlu pikir pape kecuali pening memikirkan bagaimana nak mengurangkan berat dan macam mana nak tengok movie kat PC sambil baring (LCD monitor susah nak terbalikkan). Tapi sampai bila nak bercuti. Tapi kalau dah kerja, dah macam masuk penjara. Aktiviti sama je. Haritu berborak berangan ngan member aku Zul, nak kerja jadi pengacara rancangan travel best gak. Takpe berangan sementara. Jangan berangan sampai kiamat.

Ok. Itu satu hal. Satu hal lagi, aku dok perhati orang post2 kat FB, tentang kahwin cara Islam. Bagus. Masing-masing dah amik tahu mengenai perkara ini yang bagi aku sepatutnya mereka amik tahu dari tahun 2001 lagi. Tapi diorang dah start amik tahu baguslah dari tak amik port langsung. Oleh kerana ramai orang suka baca mengenai hal-hal kahwin ni, aku pun bercadang untuk membuat satu post mengenai hal kahwin. Senang sket nak kasik rating post tinggi. Tajuk post pun kene kasik orang tertarik nak baca.

So makin ramai yang dah sedar betapa kakak2, abang2, sepupu2 diorang sebelum ni kahwin dengan berbelanja besar. Belanja yang tidak memerlukan dan hanya untuk bermegah di hari kahwin sahaja. Lepas tu miskin berhutang lepas kahwin. Bodoh. So sekarang ni kau nak buat ikut cara Islam secara sederhana, yang tidak memerlukan belanja banyak memang sangat dialukan, tapi sebelum kau bercerita tentang bab nak kahwin, kau dah LAYAK untuk kahwin?

Nak kata aku layak ke nak bercerita pasal kahwin, orang yang dah kahwin pun belum tentu boleh berhujah pasal perkahwinan dengan sebetul2nya. So kat sini aku cerita secara general dari opinion aku, opinion cedok internet, opinion ayat2 al-Quran dan al-Hadith. Harini takde rage ye kawan-kawan.

Rata2 semua orang dah tahu apa itu maksud perkahwinan menurut Islam. Tapi tak ramai yang tahu apa tujuan berkahwin. Ramai orang selalu fikir bila dah kahwin:

- akhirnya boleh berdua-duaan kat taman bunga tanpa segan silu.
- boleh la gomol isteri/suami tanpa takut2 lagi (sebelum ni gomol takut2).
- lepas ni suami aku kenelah support aku, gaji aku tak cukup nak beli beg tangan LV.

Haa...nombor 3 tu aku merapu. Tapi kebanyakkan mereka yang dah berkahwin/nak berkahwin adalah untuk mengelakkan lagi mereka terus terjerumus ke dalam lembah zina dan maksiat. Betul. Bagus. Imam Al-Ghazali pun ada cakap dalam kitabnya al-Ihya' Ulumuddin, salah satu tujuan perkahwinan adalah:

'Menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan mwmbawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat memelihara diri dari syaitan yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang haram.'

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Rum ayat 21:

'Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir.'

Menurut hadith Bukhari Muslim:

Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya: 'Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya'.

So dari hadith/firman Allah di atas kita boleh lihat, untuk melakukan sesuatu tidak kiralah dari segi perkahwinan ataupun ibadah yang lain, perkara pertama yang perlu datang kat kepala otak kita adalah kita lakukan demi mendapat keredaan Allah dan Rasul. Lepas dah pasang niat kahwin demi jalan Allah, barulah boleh pasang niat yang lain. Bagi sesiapa yang dah kahwin dan sebelum ni tak pasang niat kerana Allah, sila pasang. Belum terlambat lagi. Samalah juga yang kalau besok2 nak kahwin ni.

So, bila dah tahu tujuan perkahwinan, sampailah kita ke isi penting post ini iaitu LAYAKKAH kita berkahwin? Nak kahwin bukan senang woo. Duit yang digunakan untuk perbelanjaan perkahwinan macam nak beli submarine Rusia je. Sebab apa diorang guna duit banyak? Tengok post aku yang ni ---->KLIK AKU. Tapi itulah kalau tak ikut cara Islam, iaitu bersederhana dalam segala aspek. Lepas duit, nak kene ada rumah pulak. Takkan nak duduk kat dalam kotak kucing, berak kat pasir je. Rumah flat sekarang pun bukannya murah. Setakat duduk dua orang boleh lah. Dah terberanak 4 nanti kan susah. Lepas rumah, nak kene ada kereta dah. Rata2 orang sekarang memang dah beli kereta siap2 dah. Kereta megah bergaya, hutang pun tiap2 raya tak abis bayar. Masuk lagi duit hutang kahwin, setel~. Tapi walaupun kau mampu untuk bayar wang hantaran RM 123,456, rumah banglo bertapak di Damansara Utama, dan memiliki kereta 4,5 biji, adakah kau masih LAYAK untuk berkahwin?

Dari segi kebahagiaan duniawi kau dah boleh dianggap sempurna dan boleh kahwin dah. Tapi dari kebahagiaan akhirat sudah cukup? Disini ada beberapa perkara yang perlu dilihat dan difahami bagi lelaki yang nak berkahwin. Yang dah kahwin pun boleh baca.

1. KEPIMPINAN

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Nisa' ayat 34:

'Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggujawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah mebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan'

Bolehkah kau jadi ketua keluarga? Kalau yang dah kahwin, bagaimana tahap anda sebagai ketua keluarga sekarang? Aku doakan yang baik2 saja. Kalau sebelum ni korang ketua darjah, class representative, mahupun captain dalam team Barcelona F.C, korang dah ada sedikit ilmu untuk menjadi seorang pemimpin. Lagi2 kalau kau pemimpin negara. Semestinya kau dapat memimpin keluarga kau menjadi keluarga yang soleh. Tapi bagaimana kalau tidak pernah jadi ketua? Ataupun sebelum ni jadi ketua dan gagal melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna? Tiada apa yang sempurna kecuali Allah. Kalau tak pernah jadi ketua, dan ingin nak kahwin gak, belajarlah time tu. Agak susah sikit kalau isteri jenis keras kepala atau queen control, dan tidak termakan gertak 'tak ikut cakap aku, susah nak bau syurga'. Jumpalah pakar dan yang sewaktu dengannya. Jangan jumpa aku. Kalau jumpa aku, sila belanja makan je. Tapi bila dah dapat title pemimpin, jangan jadi pemimpin yang tidak adil dan zalim. Susah nak jawab kat akhirat nanti. Buku catit belah kiri menggunung je.

2. KETEGASAN

Tegas maksud kat sini bukan suruh jadi guru disiplin yer. Tegas dalam memimpin bakal isteri@isteri dalam membina keluarga yang mendapat keredaan Allah.

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Taghabun ayat 14:

'Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara ister-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka, (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'

So dah jadi pemimpin kenelah tegas dalam membimbing isteri dan anak2. Janganlah kalau dah masuk waktu makan malam, isteri anda dok layan FB / cite korea lagi, anda pun biarkan je. Cakap kat dia, perut dah tumbuh anak alien yang lapar. Cakap dengan baik2. Kalau ditengking, nanti dapatlah makanan garam lebih, sayur warna merah, ayam goreng hangus. Kalau ditegur dengan baik, kan sedap je isteri dengar. Lagi masakan penuh dengan kasih sayang. Lepas tu dapat 'dessert' lagi. Kan seronok. Besok2 takdelah die mengadap FB lagi time waktu makan. Semua dah tersedia je. Lagi seronok jika dapat menolong isteri memasak.

Berdasarkan hadith riwayat al-Bukhari:

Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya kepada Aishah r.a, 'Apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya?' Aishah menjawab 'Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, maka apabila masuk waktu sembahyang beliau pun keluar untuk bersembahyang'.

Haa. Kan seronok dapat saling membantu dalam kerja2 rumah. Tapi jangan lupa solat. Tak solat tapi tolong buat kerja2 rumah baik jadi pembantu rumah Vietnam je.

3. PEMELIHARA DARI API NERAKA

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Tahrim ayat 6:

'Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu(berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layannaya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.'

So kenelah memperbanyakkan lagi ilmu agama supaya dapat jadi idola isteri dan anak2. Jangan bila ditanya idola isteri nanti, Dato' Lee Chong Wei. Dapat apa. Dengan ilmu agamalah baru korang dapat memimpin keluarga kamu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah. Kenelah selalu praktikkan apa yang korang ajar kepada keluarga kamu. Jangan suruh diorang tutup aurat, pastu malamnya keluar main badminton seluar pendek atas lutut. Suruh isteri jangan marah2, dapat surat saman polis trafik mencarut. Kan tak elok tu.

4. MEMBERI NAFKAH.

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Thalaq ayat 7:

'Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu).'

Menurut hadith Riwayat Ibnu Majah:

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.'

Setelah kahwin, kenelah bagi nafkah kat keluarga. Banyak mana yang dibagi tu terpulang kepada kemampuan diri. Jangan bagi sampai terpaksa berhutang dengan along. Tapi kalau isteri mintak rumah banglo, dan kau hanya mampu untuk bayar sewa rumah flat je, bawaklah berbincang dengan isteri. Isteri yang solehah akan memahami suaminya dan tidak akan meminta lagi. Lainlah jika dapat promotion kerja esok hari, naik gaji tiga kali ganda. Kenalah bagi yang seadilnya dengan apa yang kau peroleh. Jangan kerja CEO, tapi bagi isteri makan nasi ikan kering sambal kicap je. Lain macam je tu.

Di atas ni antara perkara-perkara untuk menjadi suami yang berjaya la. Berjaya di dunia dan di akhirat. Insyallah. Tapi aku nak tambah dari opinion aku sendiri r. Sebelum korang nak melangkah ke alam perkahwinan ni, pandang diri tu, tengok depan cermin, solat tinggal tak? Kalau ada tertinggal lagi, sila perbaiki mulai sekarang.

Hadith Muslim dan al-Tirmizi mengatakan:

Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Di antara hamba Allah dan di antara kufur ialah meninggalkan solat.”

Kalau tidak solat dan selalu meninggalkan solat, bagaimana nak pimpin keluarga ke arah jalan yang benar. So dari pandangan aku, lebih baik baiki perkara wajib yang utama sebelum nak melakukan perkara wajib yang lain. Jika bagi sesiapa yang dah kahwin dan masih lagi tertinggal solat, sama-samalah baiki mulai sekarang. Janganlah jadik seorang pemimpin keluarga yang jahil dari bab agama. Susah akhirat nanti.

Itu serba sedikit yang aku boleh kongsi dengan korang. Itupun dengan hasil pencedokkan internet dan apa yang aku fahami serba sedikit. Untuk wanita, aku akan buat post seterusnya lepas ni. Kene dalami sedikit sebab aku lelaki. Kalau perempuan dah tentu aku buat post mengenai perempuan dulu.

Secara jujurnya aku belum boleh berkahwin. Dari segi kewangan, mahupun dari segi agama. Diri sendiri pun belum boleh bimbing, nak bimbing orang lain camne gaya. Maybe boleh betulkan diri bila dah kahwin tapi aku tak rasa camtu. Kehidupan masih lagi terumbang-ambing, suka main PC game lagi, suka main FB lagi, tidak menunjukkan kematangan dalam berfikir, camne orang nak amik jadi suami.


Berkahwinlah secara sederhana. Tak payah guna pelamin bagai. Tak payah guna photographer. Masih boleh menjamin keluarga bahagia.
----------------------------------------------------------------------------------------------
To be Continue.

5 comments:

kawanmu said...

bro....photog utk kenangan bro...ada rejeki lebey skit bley la assign job..kal xdak bajet..jadila cam aku..kawan2 ngan photog2..hkawhkawkhkaw

akue said...

hahaha..photo pakai iphone/ipad je..sekarang kan djaman instagram, senang edit. murah.

abg kacak said...

kan sedap blog gini.. sejuk ati den baco

Anonymous said...

Tgk la nnt kau kawen mcm mana

akue said...

abg kacak: sekali sekala sejuk, hari2 panas, baik mandi sauna

anon: kenapa kalau aku kawen?