Wednesday, October 19, 2011

Rela

Akhirnya aku rela meletakkan video ni di sini..aku pun tak tahu kenapa..so tatapilah sesapa yang belum tatapi lagi



Semua ini hanyalah lakonan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup @ mati. End

Tuesday, October 18, 2011

Skills, Don't Kill

Assalamualaikum

Aku dah kata dah. Kalau dah start belajar balik je aku mesti dah kekurangan masa untuk meng-update blog ni. Time management kene betulkan ni. Tapi bila dah susun masa dah macam ikut jadual je life ni. Tak seronok. Yang paling bagus adalah kena pandai susun masa supaya tak nampak terlalu busy sangat hidup aku ni. Tapi memang busy pun. Apa aku merapik. Stop.

Macam biasa

'segala yang tertulis adalah dari segi pandangan aku, tidak kene mengena dengan yang hidup atau yang mati kecuali rakan2 aku yang sekepala ngan aku, yang x sekepala...lantak hape aku'

'tambahan baru: aku mungkin akan membebel dalam bahasa melayu dan english. I'm a manglish person. Lantak hape aku'

Aku nak cerita mengenai kemahiran. Aku tiba-tiba dapat idea mengenai isu ini apabila menonton short-movie archifest (architectural festival). Tapi aku bukan nak cerita mengenai kemahiran dalam membuat filem. Aku nak cerita dari segi general.

What is a skill? According to Mr. My Brain,

'A skill is acquired by someone, either by training or magically received after being born.'

Ada macam jenis kemahiran di dunia ni dari yang general (memasak, menulis, melukis) hinggalah ke kemahiran yang sia-sia dan tidak bermanfaat (boleh minum air panas mendidih dalam masa 6 saat, boleh hisap rokok 6 batang sekaligus, boleh tak tidur selama 6 hari). Apa-apa pun itu adalah satu kemahiran. Dan bila ada kemahiran tanpa ada orang yang melihat atau meng apreseasikan kemahiran anda tersebut, kemahiran itu tidak berguna. Useless. Zero.

Why? Because most of you, yes, YOU, who have skills, like to show what you can do, to the others, for them to:

-clap their hands,
-praise you,
-bow to you,
-have you teach them,
-make you a 'god',
-crazy of you
-see that you are the only one that capable of doing that certain skills better than anyone (this is true)

so, the first intention of having a certain skill are to show off. This is my opinion. There are also others who use their skills for their own pleasure, to please certain people, but..there is a yield point where someday these people, will also break their 'code of not using my skill to attract other people to see me'. Aku sendiri pun macam tu. Memang mula-mula tak mahu mencari publisiti tetapi bila dah nampak orang lain yang mempunyai kemahiran seperti anda, tetapi lagi low level dari anda, dan dia meng-publish-kan skill dia depan orang ramai, dan disukai orang ramai, hati mana tak panasssss~~~. So from that you break the 'code'.

Aku tak menyalahkan mana-mana pihak pun. Lagi aku suka sebab lagi banyak pilihan aku boleh pilih. Tetapi pilihan yang mana menambat di hati?

Misal kata kau nak makan ayam goreng, kedai Pak Akim jual ayam goreng, kedai Harun pun jual ayam goreng. So which one do you prefer? So mula la buat analysis dari segi price dia, ayam dia besar mana, segaring mana, minyak kurang ke lebih, perencah apa pakai. Jawapan dia: dua-dua boleh pakai sebab itu ikut pilihan masing-masing.

Tapi yang tak boleh pakai adalah apabila kedai Jenab muncul, jual ayam goreng, sebijik macam kedai Pak Ali, minyak sama, perencah sama, harga sama. So apa motif kedai Jenab ni muncul??? Jawapan dia: dia nak orang rasa ayam goreng dia. Dia nak rasakan kepuasan diri apabila orang bertandang ke kedai dia makan ayam goreng. Tapi cara dia salah kerana tak menggunakan skill memasak ayam goreng dia dengan betul. Dia tiru skill Pak Ali!!

So, from the example of the scene above, there is at certain time, you will have a clone. Everything about you is being copied. If you dress black and blue, he/she wear black and blue. If you know how to play a guitar, he/she will learn to play a guitar. Why? To become the attraction point. Kamon la. Kalo nak capub sekali pun pakai skill sendiri r. Tiru-tiru ni tak best. Be original. Kalo x bole original tiru sikit2, improve, tweak, kasik lain. Jangan tiru bolat-bolat. Sebab apa tak boleh tiru bulat-bulat? Sebab kalau orang yang tak tahu pasal sesuatu benda, dia akan ingat orang yang peniru ni yang original, dan si original ni yang peniru. Kan ke tak best tu.

Aku bukan ada dendam kat sesiapa but this is base on experieces. Member2 pun semua pernah kena. So aku anti sikit orang yang suka tiru bulat-bulat. Kalo nak tiru bulat-bulat pergi tiru orang yang dah terkenal. Takdehal. Orang terkenal tu pun takdehal kau nak tiru dia.

So dari archifest punya event (movie night & performance night) aku nampak semua hebat-hebat belaka. Dari segi movie night:

-semua power dah buat movie
-quality gambar semua dah tip top
-lakonan semua dah hebat-hebat
-angle kamera semua dah cun

tapi lain kali bagi cerita fun sikit. Please. Tak perlu memalukan diri macam aku pun takpe janji fun. Good.

Dari segi performance night, ok. Aku takde bende nak cakap sangat sebab studio sendiri pun tak masuk. Apa-apa pun ingat, tak payah nak serius sangat dalam nak buat aktiviti2 dalam archifest. Tujuan archifest kene ingat---having a break from work, design, subjects. So bila dah break tu, jangan buat benda-benda yang tambah stress. Janganlah kalau tak pernah ada sesuatu kemahiran, time ni lah kau nak belajar kemahiran tu, supaya orang 'WOW' dengan kau. X perlu. Aku bercakap secara general.

Ok. Aku pun takde bende nak tulis panjang-panjang. Design kerja berlambak. Akak nak kahwin sabtu ni. Berapa kali nak kahwin pun tak tau la. Gigi nak cabut esok pagi. Nak pegi site kat JB lagi. Ok. Bye. Wassalam.


--NEXT SEMESTER--