Wednesday, August 03, 2011

EMAK

Salam

Bulan2 puasa camni nak menaip rasa malas sebenarnye, tapi disebabkan hari ini adalah hari spesel bagi mak aku, maka aku ingin buat spesel post mengenai mak aku..tidaklah adil dan seimbang jika aku hanya buat post pasal abah aku manakala mak aku xde, maka ini lah die..

Mak aku merupakan anak bongsu dari 8 orang adik beradik. Disebabkan itu kebanyakkan sedara mara aku sudah dewasa dan baligh lagi awal dari aku hinggakan ada sepupu aku yg anaknya sudah sebaya aku, natang jadah ni~~. Tetapi aku boleh dikatakan rapat dengan sedara mara aku belah mak aku. Maybe faktor mereka duduk berdekatan menyebabkan aku selalu berjumpa mereka sejak dari kecil lagi dan faktor keshempoian mereka. Belah abah aku tidak lah aku rapat mungkin kerana perangai aku yg jahat sperti kucing liar mengembur sampah, NGIAuuu~~~!!!

Mak aku merupakan seorang yang penyayang. Standardlah untuk seseorang bergelar ibu@mak@umi merupakan seorang penyayang, kalo bukan penyayang maka dia itu jembalang..the thing is, mak aku sgt penyayang dan mengambil berat akan anak2nye..cukupkah makan minum mereka, bagaimana kehidupan mereka di tempat orang, dengan siapa mereka bergaul..kesemua ini lebih2 lagi aku rasa dituju kepada aku..mak sangat risaukan keadaan aku...jika aku lalai dan leka utk menelepon kampung, maka akn memberi msg pada keesokkan hari bertanyakan khabarku..sungguh x guna aku sehingga mak yg msg aku dulu. Mak selalu risaukan aku tidak cukup duit, makan minum smua..walaupun kadang2 duit aku dah abes, aku tidak mahu beritahu dulu kerana tidak mahu membebankan mak..

Mak juga orang yg cukup risau orangnye..jika aku hendak pergi ke mandi air terjun@g berjalan2 jauh, mak aku sentiasa mengingatkan aku akan jangan ikut orang yg x dikenali, jangan mandi air terjun, jangan tinggal beg merata-rata..sehinggakan keluar malam pun mak aku risau, tetapi bila aku sebut nama ZUL barulah mak aku tidak berasa risau kerana zul mmg boleh diharap pada waktu malam (kerana zul adalah makhluk malam)

mak juga seorang yg penyedih (ape ayat penyedih ni??~~)..maksud aku, mak aku cepat terasa, malah meluahkan airmata dengan cepat..kalo ade perkara yg menyedihkan sahaja mak akn cepat sahaja nangis dan bersedih..kebiasaannye perkara itu adalha berkaitan dengan kami adik beradik..kami selalu sahaja menyakitkan hati mak, mentang2 masing2 sudah dewasa dan mahu kebebasan, ada sahaja perkara yg tidak bersetuju dengan mak dan ini menyebabkan mak berdukacita dengan anak2nya.. kadangkala aku terpikir, apa guna aku bersalam maaf pada hari raya tetapi lepas tu membuat perngai yang sama 20-30 minit kemudian? bukankah lagi wajar jika aku mengikut kata mak ku..jika mak memanggil ku utk membuat keje, seringkali aku berkata 'JAP@OKAY~' tapi pergerakkan ku yg limited membuatkan ku bergerak membuat kerja itu setengah jam kemudian..

sekarang mak dah suruh aku basuh bilik air tetapi aku telah start on hamachi nak men DOTA, camne gaya?? aku akan membasuh bilik air....setelah aku habis post ini dan ketika aku mandi petang ini, jangan risau mak, bilik air tgh akn wangi dan bersih putih..akhir kata dari ku..

~SELAMAT HARI LAHIR MAK~



-p/s: dari 5 kali aku tulis bnda ni, ni jela post yg kuar akhirnya..mungkin kerana aku tidak beradab ketika menulis tadi seperti tidak duduk dalam postur yg betul boleh mengakibatkan post terdelete sendiri. Sekian, wassalam

2 comments:

AnOkMeKyAm said...

selamat hari lahir makcik..semoga dimurahkan rezeki dan diberkati ALLAH s.wt..amin~

zul a.k.a kingsix said...

selamat hari lahir MAKCIK..~

nice post wan..

TETAPI~~~~

kenapa nama ZUL juga terpacul

wkhawkhakwakwa