Saturday, August 27, 2011

PUNDEK: Episode 5 - Dawn to Dusk - Part 2

*credit to Suvicha for this next idea*

Dalam 15 minit lepas tu, membe kau pun datang dengan kete Proton Neo. 'Ni Neo yang aku bagi finger tadi' kata ko dalam hati lagi. 'Haa, naiklah. Kete aku kat workshop, aku pinjam kete awek aku jap.' kata Deli. Akakakakka, sial kau tergelak-gelak sambil masuk ke dalam kete. Membe kau pelik tapi die tidak menanyakan sebab kau ketawa kerana tahu kau memang berperangai pelik. Deli kata dia nak beli kasut Nike dekat Pertama. Dia ada jumpa kasut yang style. Kau pun ikutkan aje. Sesampai di Pertama,

DELI: Kita kene usya betul2. Aku nak cari kedai yang betul2 leh dapat murah.
YOU: Gi la kat kedai XXXX, situ memang murah2.
DELI: Ok. Xdehal janji dapat murah.

Korang pun masuk ke satu2 kedai, mencari dan menge-test setiap kasut yang dijumpai. Sesampai di kedai XXXX, Deli bertanyakan kasut Nike terbabit. Tuan kedai kemudian masuk dan keluar dengan kasut tersebut. Deli bertanyakan harganya. Memang murah. Deli tanpa berpikir panjang terus mengangkat.

YOU: Eh, Deli..kedai sebelah pun ada jual kasut. Kau tak nak try tanya dulu ke?
DELI: Ngehh! Ni betul dah murah ni. Tak mungkin kedai sebelah lagi murah.
YOU: Sukati kau. Tapi jom try tanya.

Korang pun masuk ke kedai sebelah tetapi tidak menunjukkan plastik beg kasut yang baru beli, kang tiba2 time tu la turun harga. Tuan kedai kata 'Oh, itu Nike harga RM XX.' 'Oh PUNDEK la lagi murah. Sial anak h****, b***.' Kau hanya tergelak2 melihat kerenah Deli. Kau rasa kasihan padanya tapi kau rasa gembira sebab tempias ke-PUNDEK-kan kau beralih ke arah Deli.

tauke kedai dari Nigeria tersenyum smbil memegang kasut Nike yang murah (gambar hiasan)

Selepas dari membeli dengan pasrah (Deli sorang je pasrah) korang balik ke kereta. Sesampai di kawasan rumah kau, Deli mendapat call dari awek dia nak guna kete sebab emergency. Makanya, Deli men-drop-kan kau di tepi jalan tanpa rasa bersalah. Cilaka punya Deli. Taulah sedih, akakakaka. Kau pun tak kesah sangat sebab boleh kau exercise sikit sambil hirup udara segar. Tengah sedap2 jalan nak ke arah rumah kau yang selang lagi beberapa buah rumah, tiba2 keluar seekor anjing dari rumah kosong di deretan rumah kau. Kau tergamam. Anjing tu pun baik je diri straight memandang kau. Kau mencapai kayu panjang yang ada dekat tepi jalan. Kau cuba menghalau anjing tersebut tapi tidak berjaya. Tiba2 dia menyalak dengan kuat lalu lagi dua ekor anjing keluar dari rumah tersebut. 'F***!!' itu je yang kau mampu sebut sekarang. Anjing-anjing itu merupakan abang kawasan tersebut (men pajak). Nak lalu dengan berjalan kaki memang tak dapat lepas la. Kau kaget tidak tahu nak berbuat apa-apa. Nak pukul anjing-anjing tersebut satu persatu memang termampu. Kau cuba melangkah slow2 ke belakang, tapi kau gagal kerana bila kau gerak je, anjing-anjing itu terus mengejar kau. Nasib kau masih tak ong lagi. Dikejar anjing adalah perkara paling PUNDEK dalam sejarah hidup kau. Time kecik-kecik dulu kau dikejar dua ekor anjing ketika sedang menaiki basikal roda tiga, sekarang dah besar pun kene kejar anjing..

dalam otak kau sekarang terbayang diri kau menjadi seperti kijang ini..

Berlarilah kau dengan semangatnya. Kau berlari dengan kelajuan Watson Nyambek tetapi anjing-anjing itu berlari dengan kelajuan Usain Bolt. Kau berharap semua ini mimpi tetapi jangan harap. Tiada orang di sekeliling hendak membantu kau kerana diorang pun takut anjing. Sambil berlari kau pun berfikir sampai bila perkara-perkara PUNDEK ni akan berakhir. Tapi anjing-anjing tu xde nak pikir pasal pundek, diorang tahu nak gigit kau je. Maka larilah kau seperti Forest Gump, lari dan berlari dan berlari dan berlari dan berlari.......



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Habis dah cite PUNDEK ni. Kalo nak suruh aku sambung dan buat pengakhiran cite dengan lagi kool, jangan harap. Aku buka novelist. Bagi sape yang paham ape aku cuba cerita sepanjang 5 episod ni, bagus. Bagi sape yang tak paham dan ingat ni cerita betul, pun bagus. Janji korang happy sepanjang cerita ni. Oleh kerana dah nak raya, maka esok mungkin aku akan buat post mengenai raya. Oleh itu, Assalamualaikum.

No comments: