Friday, August 26, 2011

PUNDEK: Episode 5 - Dawn to Dusk - Part 1

The Saga Continue...


*credit to Kutel for this next idea*

Kau rasa sangat puas lepas dah memaki gadis2 gedik di blog tadi walaupun diorang tak dengar ape yg kau bisingkan. Akhirnya kau pun berjaya jumpa beberapa blog yang boleh dijadikan references untuk penaipan cerita kau. Tengah sedap2 type meluahkan perasaan, kau macam ternampak sesuatu bergerak di ekor mata kau. Kau menoleh untuk melihat tetapi tidak nampak lagi ape bende yang mengacau tumpuan kau. Kau pun sambung menaip seperti biasa. Tetapi benda ni datang secara tiba2 dan mengejut dan hinggap ke atas meja kau...

PUNDEK geli syialll

'This little creature from HELL and the ability to live without its head are crawling on my table!!!' tiba2 kau speaking disebabkan terlalu geli ngan PUNDEK ni. Kau pun bangun cepat2 dari workstation kau dan cuba mencari penyapu untuk membunuh PUNDEK ni. Bila kau dah sedia untuk membunuh, tiba2 die boleh terbang. Ya, terbang ke arah kau. 'F**K LEH TERBANG LAKK!!' kau menjerit sorang2 lagi di dalam studio sambil berlari macam orang bodo takut dihinggapi oleh lipas atau nama saintifik die PUNDEK (in this case) ni yang boleh meremang satu badan jika dihinggapi. Kau telah cuba berlari sambil menghayun penyapu ke arah lipas tersebut, tetapi nampaknya lipas ni terlatih kerana berjaya mengelak setiap hayunan itu. Sekarang ni kau lebih rela dibaham harimau dari dikejar serangga-dari-neraka ini.

Cilaka membe buat donno kau kene kejar lipas terbang. Tak cool do.

Lama-lama lepas tu kau berjaya melarikan diri dari lipas durjana itu. Kau bercadang untuk balik ke rumah (PC tak tutup, lantak) dan mandi sebab kau dah berbau macam lipas. Sesampai di rumah, tengok2 membe kau ada yang dah terbongkang kepenatan, ada yang tengah shuffle sorang2 dalam bilik, dan ada yang sedang bermain gitar. Kau pun terus masuk ke bilik dan mencapai tuala terus ke bilik air. Sesudah membersihkan diri dari kuman lipas, kau pun lepak2 bawah kipas ruang tamu, kasik kering cepat. Tiba2 membe ko panggil dari dalam bilik. Dia nak tunjuk set LEGO TECH yang dia baru beli. Ko pun masuk ke bilik die dan..

HMMMPFHHHT!!!~~~

Terpijak LEGO merupakan perkara yang sangat tak menarik. Bagi kau ianya ibarat seperti makan mee goreng ada taugeh, tak menarik. Kau teringin tumbuk telur membe kau kerana main LEGO bersepah2 tak geti nak kutip, tapi apa yang kau mampu buat hanyalah MEMUNDEKKAN dia saja, kerana dia selalu kutip duit rumah. Kang tiba2 next month sewa kau naik tak pasal2. Dengan kaki yang terhenjut-henjut, kau tak ingin tengok LEGO Tech beliau. Harapan kau adalah membe kau sendiri akan terpijak LEGO dia sendiri dan besok kau berharap kau nampak semua set LEGO dia dalam tong sampah.

*credit to Luqa for this next idea*

Setelah terkedek-kedek balik ke bilik, kau dapat call dari membe kau. Dia ajak pegi shopping. Kau pun OK je. Kau pun membuka almari dan mencari t-shirt kegemaran kau yang selalu kau pakai bile pergi jalan2 shopping. Tapi hampeh, semua t-shirt kau masih dalam bakul, tak basuh2 lagi. Yang ada hanyalah baju kemeja kotak2. Kau pun mengambil dan melihat baju tu masih ronyok dan berkedut-kedut. 'PUNDEK tol nak kene gosok baju pulak' kata kau dalam hati. Menggosok baju bagi kau adalah kerja wanita. Tapi dah xde pilihan kau pun terpaksa gosok gak. Gosok punya gosok punya gosok, tengok2 masih ada lagi kedut. Demm shit!! Kau rasa nyampah lalu kau terus menyampak baju kemeja itu ke atas tilam dan mengambil t-shirt dari dalam bakul yang tidak berbau sangat. Kau sembur dengan perfume dan terus menyarungkannya. 'Setel masalah!' kata kau lalu terus keluar dari rumah menunggu membe kau amik.

'this is job for female cat' said ayyybooo


No comments: