Wednesday, August 24, 2011

PUNDEK: Episode 1 - The Beginning

Assalamualaikum.

Aku baru lepas cat atap. Lepas cat atap mesti tangan, kaki penuh cat. Nak buang cat kene pakai thinner. Tapi thinner buat tangan, kaki ko pedih. Sekarang aku dalam kepedihan yang amat. Apa-apa pun, post kali ni aku terpikir ketika aku membaca komik COKOLAT dari Jepun@Korea. Ape yg best pasal komik ni ialah orang yg translate komik ni mmg best sbb berjaya sampaikan lawak yg pelukis asal cuba sampaikan.

Korang pernah mengalami saat bagero? haru biru? Aku panggil ia saat PUNDEK sebab bila aku mengalami situasi2 yang akan aku sebut di bawah, aku akn terus mencarut PUNDEK dengan pantas tapi tidak terlalu kuat supaya tidak mahu membawa kepada pencemaran bunyi. Aku akan terangkan perkara2 PUNDEK dalam bentuk situasi. Lagi syiok!

Korang berada di tempat awam, penuh dengan strangers. Tengah2 lepak kat kedai mamak@kedai makan yg fancy, datang seorang lagi stranger dan berpakaian sama dengan kau. PUNDEK! Time ni rasa nak koyak baju mamat@minah tu je tapi sape suruh ko beli baju kt F.O.S@Brands Outlet. Kebarangkalian ko berpakaian sama adalah tinggi. Di sini korang ade beberapa jalan penyelesaian; samada korang berhenti makan dan keluar dari situ atau ko tegur mamat@minah tu dan bagi die pulak rasa pundek. Maybe dia yang akan kuar dari situ so dapat lah ko makan mee goreng ko dengan tenang.

eh pundek tol ko pakai baju sama ngan aku, hahaha

Lepas tu bila ko tak berjaya convince-kan mamat@minah tu kuar dari kedai tu, ko pun keluar dengan perasaan sakit hati. Jalan2 tibe2 ko nampak cermin, rambut dah panjang. Cucuk2 mata pulak tu. Ko pun bercadang pergi saloon. Memandangkan ko kat tempat asing, ko pun main bantai jer la hair salon yg nampak gah sebab dalam hati ko berkata 'kalo salon yang gah2 ni besenye hairstyler die msti berpendidikan tinggi dalam teknik memotong rambut'. Gasak ko lah hati. Ko pun duduk di kerusi dan berkata kepada abang hairstyler 'rambut potong pendek sket depan ni eh'. Maka ko pun duduk sambil baca mags membiarkan hairstyler tu mendandan ko. Tibe2 bile dah abes potong, ko nampak hairstyler tu potong terlebih pendek menampakkan dahi jendul ko. PUNDEKKKK!! 'OK, Cun?' Tanya hairstyler. Ko pun angguk smbil tangan menunjukkan A-OK. Nak marah salah ko gak, time tengah potong tu tgk la, jangan baca mags.

harapan tgk cermin setting rambut camni..

tapi skarang bile tgk cermin rambut macam ni. PUNDEK TOL!!!

Ko masih stress dengan rambut yang dipotong salah sehingga mengganggu rupa wajah ko, maka ko pun pergi menonton wayang dengan harapan dapat ilangkan tension. Ko pun bercadang untuk tengok cerita Harry Potter: The Deathly Hallows Part 2. Ko xde la suka gile cite ni tapi memandangkan ko da follow cite ni dari dorg kecik, maka kene abiskan tgk pengakhirannya. Ko masuk dalam hall, ko rasa gembira kerana tak ramai orang sebab ko pegi time waktu kerja. Ko pun dapat naikkan kai ke kerusi depan tanpa mengganggu orang lain. TETAPI, ketika wayang sudah bermula, ko kedengaran suara2 yang tidak sedap. Ko mencari kiri kanan, ternampak bapa dan anak sedang berbual di depan ko. Diorang x bual dengan kuat tapi dalam panggung yg tidak ramai orang, suara dipantulkan banyak ke arah ko. Rupanya anak die x paham lagi ape etika berada di wayang@menghormati privasi orang maka die bercakap dengan kuat. 'EH, THAT'S A BIG SNAKE!!' dengan jari menunjuk ke arah skrin. TRIPLE PUNDEK!!!! budak tu nak belajar English time2 camni lak. So concentration aku dah xleh fokus terhadap Harry Potter tetapi terhadap bapa dan anak itu. Bapa die pun layan 'Yeah, that's a big snake. What type?'WHAT TYPE kepala hangguk ko!!! Ko pun x mahu rasa rugi, ko pun dok tengok je la wyng ditemani 'sound effect'.

orang2 camni aku panggil syaitan-yang-direjam


To be continued...

5 comments:

BearDude said...

ni dah RAGE benda2 remeh ni... lolz

abg kacak said...

ultra pundek satu!

akue said...

ini bukan rage, ini posting kuran makna namanye..rage punya post simpan

zul a.k.a kingsix said...

lagi satu pundek

tadi aku online, kau hoi hoi..

tak sampai 2 minit kau offline..

pundek la lu mat

akue said...

zul: LOL..thank you bg idea, akakaka