Monday, August 22, 2011

Built-To-Fall; Beautiful @ beauty-fool

Assalamualaikum

Jgn risau, tajuk aku ngan isi post xde kene mengena dengan penjualan kosmetik atau cara2 utk mencantikkan rupa@badan@yg sewaktu dengannya. Tajuk hanya sebagai pemikat. Seminggu aku x buat pape post sebab aku pegi KL, cari barang beserta hal2 yg sewaktu dengannya.

Cerita yg aku nk cite kali ni x panjang sangat dan bukan bertujuan untuk me-rage-kan diri ini. Ade post yg nak rage tapi aku tgh simpan draft lg. Lps raya baru aku post. Sekarang aku nak cite perihal mengenai Direct-O & Backer Back.

Ape itu Direct-O & Backer Back?

Kalo aku nak jadikkan dua phrase di atas sbgai tajuk pun dah menarik tapi x mampu nk tarik korang utk baca. Berbalik kepada topic, mari aku jelaskan ape maksud2 phrase di atas.

Direct-O merupakan ayat yg aku reka x smpai 2 minit lepas. Ianya bermaksud seseorang yg bercakap secara direct. X kesahlah die nk marahkan orang ke, nk mengumpat seseorang ke, atau nk memuji orang sekalipun, die face-to-face dengan orang tersebut, dan hanya 'shoot' direct depan muka manusia tersebut. Perbuatan ini boleh dikategorikan sebagai perbuatan yg cool sebab si Direct-O tahu die akan di cop dengan pelbagai nama jolokan atau mungkin kurang disenangi orang. Tapi oleh kerana perilaku dan perangainye sendiri yg memang x kesahkan hati kecil manusia lain, die tahu shoot depan sahaja. Die x tahu shoot belakang2 ni; di mana membawa kita ke phrase yg kedua- Backer Back.

tercucuk jantung xpe, jangan tercocok hati ku..SEDIH~~

Backer-Back pula ayat yg direka 2 minit 2 saat selepas aku taip ayat Direct-O. Ianya bermaksud seseorang yg suka bercakap secara belakang, iaitu bercakap di belakang orang. Bukanlah die suka bercakap di belakang pokok ataupun bercakap sambil membelakangkan diri. Tidak. Maksudnya di sini makhluk ini suka bercakap mengenai seseorang yg die x suka di belakangnya@ tanpa pengetahuan empunya badan. Makhluk jenis ini biasanya tiada telur atau tiada payudara kerana tidak berani berdepan dengan orang yg dimaki@dikutuknya. Manusia jenis ini kalo dah kahwin mungkin suka main belakang, x tau lah aku..Kalo belum kahwin pun agaknye die nak cuba2 berjinak dalam aktiviti2 kurang sehat serta najis mughalazah ni.

kan dah susah camni, nak cakpa ngan orang kene pusing belakang

So, setelah mengetahui kedua2 jenis perangai ini, camne nak detect mereka ni?

Hahaha..x susah. Bagi Direct-O, mereka seringkali berjalan dengan muka yg sangat poyo. Poyo sehinggakan rasa nak sepak. Pernah rasa nak pecahkan barang, and bile barang tu dah pecah ko berharap barang tu secara magic jadik ok balik dan ko nak pecahkan lagi sekali? And ko rase nk repeat bende ni berulang kali? Macam tu la rasanye bile ko nampak muka Direct-O.
Bagi Backer Back, korang susah sket nk cam. Mungkin sebab die pandai camouflage-kan diri die dari nampak mcm Backer Back. Tapi ciri2 yg ko nampak senang je. Lepas ko abes berborak ngan die pasal isu hangat, tbe2 esok@lusa smpai berita tu balik kt ko tapi dari mulut lain. Xpun paling syaitan-yang -direjamnye, ko terbagi tahu rahsia ko kt die, pastu tbe2 esok@lusa datang Direct-O sound ko sbb pasal rahsia yg ko bagitahu kt Backer Back.

Bagaimanakah cara pemakaian mereka?

Mereka pakai baju, seluar, kain, tudung spender, dan semua2 yg boleh menutupi aurat dan kemaluan mereka. Mereka sama sahaja seperti manusia bese. Berhidung dan bermata. Itu yg susah nak cam mereka tu.

Apekah persamaan kedua2 pihak ini?

Dua2 hanjing x guna. Sorang x berhati perut dan sorg lagi x berginjal pundi kencing. Itu je persamaan kedua-dua makhluk ini.

Jadi, bagaimana utk mengelak dari jumpa spesis camni?

Selalunya mereka yg mencari mangsa. Anda boleh cegah, tapi anda x boleh lari dari sikap mereka.

Adakah penulis memiliki salah satu sifat2 di atas?

Aku merupakan seorang yg sopan santun lagi menjaga etika perbualan antara kawan2. Hahahaha. Ok, kedua2 sifat tersebut ada dlm diri penulis, sebab aku masih lagi tidak suci dari ajakan syaitan-yang-direjam utk berkata2 secara direct atau di belakang. Perkara2 ini sangat menarik sebab itu aku ada sifat2 ini tetapi tidak terlalu sangat. Masih boleh dikawal. Aku selalu kategorikan diri aku 'natural@safer' sebab aku x amik port sangat hal2 makhluk ni serta manusia bese. Aku semua aku campur tp aku x pangkah@sokong mane2. Aku x suke tgk org touchy2 atau feel nk lebih bile dah kene sound@kutuk atau tgk muka riak seseorang bile dah sound@kutuk seseorang. Ramai aku kenal Direct-O dan Backer Back ni dan bagi aku Direct-O ni lg ok sebab diorg jenis berterus terang. Kalo x suka, cakap x suka jangan nak nipu2 pastu cakap belakang. Aku sedang belajar2 utk jadik Direct-O tapi jenis yg baik2 punya, ianya di panggil Direct-H2O (aku pajak 10 saat lepas).

Persoalannya sekarang, mengapa wujudnya makhluk2 dua jenis ini? Adakah mereka suka menjana cerita? Atau dorg mahu menjadi penyampai berita tapi x kesampaian? Aku rasa diorang dambakan populariti dan kawan2 menyebabkan mereka jadi camtu. Kebanyakkan kawan2 mereka juga sama jenis dengan mereka so x hairan la. Jika x tahan dengan golongan2 ini dan x ingin mnecarut, sila jauhkan kedudukan anda supaya telinga x mendengar ape yg x best. Kalo jenis yg stylo trus tuka topic len, itu jenis indirect. Kalo nk lagi stylo, sound direct je. Disini lah baru anda akan menjadi seorang Direct-H20; Pemangkah Direct-O dan Backer Back. Sekian. Assalamualaikum.

aku 1st time guna 'goyang-image-file' letak kt blog ni..