Sunday, December 26, 2010

ABAH

assalamualaikum.

aku penah cakap dalam post sebelum ni. orang yang bercerita pasal diri sendiri adalah orang yang bodoh. so aku x nak cite pasal diri aku/ ape2 kejadian mengenai diri aku. nak tau pegi tanya orang len. so aku nak jadik bijak. aku nak cite mengenai ilmu, tapi aku kurang ilmu. jadi aku cite mengenai peristiwa la.

bapa aku penah bercerita mengenai kehidupan dia semasa kecil hingga besar. macamana dia hidup dalam keadaan pada zaman perang2 dulu. walapun dia tidak pernah bercerita pasal perang, aku x kesah pun, sebab die sendiri berperang menjalani kehidupan dia. membesar di dalam keluarga yang besar, sebagai anak yang sulung, terpaksa menghadapi pehit getir berbagai2 rintangan dalam hidupnya.

demi menjaga adik beradik yang lain, bapaku terpaksa melepaskan impiannya. demi kebahagiaan adik dan meringankan beban atuk aku, dia melepaskan garapan untuk melanjutkan pelajaran dengan hati yang tabah. 'tidak apa demi adik2 ku;' barangkali dia berkata. so membanting tulang lah dia semasa di zaman awal dewasanya.

bermulalah dengan penolong perubatan di hospital. menolong ibu bapa dia sambil membantu adik beradik dia dari segi kewangan, motivasi. sebagai seorang abang, terpaksa berdepan dengan atukku untuk mempertahankan adik beradiknya. mungkin mereka menimpa perkara yang sama seperti bapaku jikalau bapaku tidak menolong mereka.

adik2nya sudah membesar. sudah berkahwin. sudah berkerjaya. bapaku juga sudah berkerjaya. walaupun bukan kerjaya yang feymes, mahupun dikenali ramai, tapi kerjaya die dapat menanggung isterinya, anak2nya. walaupun sesekali die bercerita kepadaku, betapa menyesalnya die melepaskan impian die, tapi aku tahu die sudah tidak kisah dengan semua itu.

melihat adik2nya berjaya, melihat anak2nya berjaya, itulah yang die harapkan.

ya. bapaku memang panas baran sampai aku pun menjadi panas baran, hahaha. tapi panas baran die bersebab, bukannya marah sebab tiba2, standard r kalo barang ilang x jumpa, pastu mula la marah2, kami sudah biasa dengan itu..tapi panas baran die menyebabkan kami lebih tegas dalam membuat sesuatu keputusan dalam kehidupan. walaupun aku tidak berapa tegas, tapi aku panas baran, jangan lupa, hahaha..

so abah, anak mu ini banyak terhutang budi dengan mu. bukan anak mu ini tidak mahu membeli baju, seluar dan sebagainya, tetapi anakmu ini kalo boleh tidak mahu menyusahkan lagi ayahnya. 'sudah dewasa tetapi ayahnya masih lagi belikan dia baju'- tidak mahu anggapan ini yang keluar dari kata2 orang.

SELAMAT HARI LAHIR ABAH! SEMOGA HIDUPMU DIBERKATI ALLAH! AMIN~

p/s: x mahu bedah gigi~~~