Sunday, December 26, 2010

ABAH

assalamualaikum.

aku penah cakap dalam post sebelum ni. orang yang bercerita pasal diri sendiri adalah orang yang bodoh. so aku x nak cite pasal diri aku/ ape2 kejadian mengenai diri aku. nak tau pegi tanya orang len. so aku nak jadik bijak. aku nak cite mengenai ilmu, tapi aku kurang ilmu. jadi aku cite mengenai peristiwa la.

bapa aku penah bercerita mengenai kehidupan dia semasa kecil hingga besar. macamana dia hidup dalam keadaan pada zaman perang2 dulu. walapun dia tidak pernah bercerita pasal perang, aku x kesah pun, sebab die sendiri berperang menjalani kehidupan dia. membesar di dalam keluarga yang besar, sebagai anak yang sulung, terpaksa menghadapi pehit getir berbagai2 rintangan dalam hidupnya.

demi menjaga adik beradik yang lain, bapaku terpaksa melepaskan impiannya. demi kebahagiaan adik dan meringankan beban atuk aku, dia melepaskan garapan untuk melanjutkan pelajaran dengan hati yang tabah. 'tidak apa demi adik2 ku;' barangkali dia berkata. so membanting tulang lah dia semasa di zaman awal dewasanya.

bermulalah dengan penolong perubatan di hospital. menolong ibu bapa dia sambil membantu adik beradik dia dari segi kewangan, motivasi. sebagai seorang abang, terpaksa berdepan dengan atukku untuk mempertahankan adik beradiknya. mungkin mereka menimpa perkara yang sama seperti bapaku jikalau bapaku tidak menolong mereka.

adik2nya sudah membesar. sudah berkahwin. sudah berkerjaya. bapaku juga sudah berkerjaya. walaupun bukan kerjaya yang feymes, mahupun dikenali ramai, tapi kerjaya die dapat menanggung isterinya, anak2nya. walaupun sesekali die bercerita kepadaku, betapa menyesalnya die melepaskan impian die, tapi aku tahu die sudah tidak kisah dengan semua itu.

melihat adik2nya berjaya, melihat anak2nya berjaya, itulah yang die harapkan.

ya. bapaku memang panas baran sampai aku pun menjadi panas baran, hahaha. tapi panas baran die bersebab, bukannya marah sebab tiba2, standard r kalo barang ilang x jumpa, pastu mula la marah2, kami sudah biasa dengan itu..tapi panas baran die menyebabkan kami lebih tegas dalam membuat sesuatu keputusan dalam kehidupan. walaupun aku tidak berapa tegas, tapi aku panas baran, jangan lupa, hahaha..

so abah, anak mu ini banyak terhutang budi dengan mu. bukan anak mu ini tidak mahu membeli baju, seluar dan sebagainya, tetapi anakmu ini kalo boleh tidak mahu menyusahkan lagi ayahnya. 'sudah dewasa tetapi ayahnya masih lagi belikan dia baju'- tidak mahu anggapan ini yang keluar dari kata2 orang.

SELAMAT HARI LAHIR ABAH! SEMOGA HIDUPMU DIBERKATI ALLAH! AMIN~

p/s: x mahu bedah gigi~~~

Tuesday, May 25, 2010

Kenapa kahwin pakai duit banyak?

Salam..kali ni aku borak2 bodo dkt dlm post aku..aku ingin bagi pendapat aku kenapa bila orang kawen pakai duit banyak..sampai 20,30k pun ada..antaranya:

- sebab dorg kaya x tau nak btpe duit tu
- mahukan majlis kawen lagi gempak dari majlis kawen orang len
- nak jmput orang trnama kene majlis gah2
- kenalan2 ramai sgt
- kenalan2 mak abah lagi ramai
- sebab kawen hanya sekali (bg pompuan kalo die x becerai kawen lagi r), so kene bt gempak2 bagi simpan dlm kenangan
- hantaran kene bagi banyak dulang, minimum 7 pompuan, 5 laki, aku pun x tau knapa ade adat nombor ganjil ni, sape r stat buat, dah kene ikut
- mkanan nak kene sedap, panggil katering yg power, kang orang mngata x sedap
- khemah kene smpai 10 minimum
- dewan kene muat 2000 orang
- barang2 kecil kene bagi (bunga telur, gula2, tah ape2 ikut sedap hati), x bagi kene ngata
- kenalan rapat kene bagi 'berkat', kalo kenalan x rapat ternampak, bagi jugak la...
- kene ade official photographer yg hebat, sbb dorg akan amik gmba yg terbaik utk kita untuk dijadikan kenangan selamanya.
- kad kawen kene lain dari yang lain (pling trbaru aku tgk org bt kad kawen stail surat khabar)
- upah mak andam solek muka jadik 'terlawa' skali masa hari tu
- pakaian pengantin nak kene spesel, lain dari yg lain
- nak ade d.j.@m.c masa hari kawen
- nak ade live band
- nak ade kompang
- nak buat wktu pagi dan malam, mlm len sket, utk famili2 dan rkn2 yg btul2 rapat
- nak buat dua2 belah pihak laki2 dan pompuan
- utk mncapai expectation orang
- paling mahal skali...wang hantaran yang melebihi 10k, kalo bole no kene cntik (12345k, 111111k, 151515k)

itu je rasanya......beberapa point bole dibuang jika anda bekerja sebagai pemandu lori @ pengepam minyak, tetapi apabila anda bekerja sebagai arkitek@doktor@business sndri, orang suda expect perkahwinan anda gempak dan wang hantaran anda besar..

aku berharap orang x tau aku keje ape. Salam.

Tuesday, January 05, 2010

Pening Pikiran

Assalamualaikum

Lame x update..bukan x nak update, bukan xde mase, tapi mood xde..nak carik idea lagi, tu yg byk melawat jiran2 seblogger seantaro Malaysia..tapi update pun yg bace sape je, x famili aku, kucing aku..

orang kate kalo byk pikir sangat cepat tua..itu orang kate, kalo binatang diorang kate 'meow, meow' xpun 'woof,woof'..semenjak dua menjak dan tiga menjak ni, aku trlalu byk sgt memikirkan hal dunia..pastu aku pikirkan blk kenapa aku pikirkan hal dunia..pastu aku pikir lagi kenapa jadik mcm tu, mcm ni, bla bla..n the result yg aku dapat:

--nothing--

ape yang aku dapat ialah penambahan terhadap pening..

ape yang aku nk cuba sampaikan ialah..kita x perlu memikirkan hal-hal dunia yang remeh temeh, duit x cukup korang da pening2 pale pikir cmne gaya nk cukupkan, hidup terumbang ambing, tergantung korang da mkn panadol byk2 kasik ilang pening...pahala x cukup korang x pening2 pale lak pikirkan, ugama terumbang ambing, tergantung korang x betulkan plak..asik pikir dunia je mmg la korang pening...

so ape yang aku buat ialah..aku shutdown perkara yg berkaitan dunia sekejap..rest, pikir akhirat, dosa pahala aku semua, aku jadik tenang+takut, takut sebab dosa aku byk gila, takut x sempat bertaubat dah mampus, tgh2 taip tiba kene renjatan letrik ke, bgnan runtuh ke, ape jadik..mampus aku..

menulis blog ni pun salah satu perkara dunia gak, tu sebab aku x update, kalo org kate nk berdakwah lalu tenet, 'sekarang zaman tenet, smua lyan blog r, dok depan pc je 24hr, kene r up-to-date,bla bla', kalo ko x pasang tenet aku rase xde mslah ko nk berdakwah cara nabi dulu2, dari rumah ke rumah, aku lagi prefer mcmtu, kenapa perlu ko layan blog, kenapa perlu ko dok depan pc 24hr, sbb kerje? taksub ngan kerje nampak..cuba taksub ngan agama plak..kalo setakat ko bkak blog org, pastu ko bace ape post die psl dkwah ke ape, ko kate ko dah dpt ilmu, baik xyah...aku pun bole mcm tu, tapi bile esok aku bgn tido, aku dah lupa smua tu..sbb ilmu nk blaja bkn stakat bace je, jumpa tok guru, bkn setakat pemahaman sendiri je..nnt tah pape teori r korang kuar brdasarkan akal pikiran korang yg sjengkal pun x smpai..

ape yg aku terangkan adalah basic je..x detail sbb aku mls nk pikir pening2, korang da besa dah leh pikir sendiri kan...ke ko nk aku tolong pikirkan gak..susah tol r korg ni..dah la, aku nk smbung bt keje..aku xnk menghabiskan mase lapang mlm ku di opis..

Assalamualaikum