Thursday, October 29, 2009

Pukul Dua

aku da lama x mengupdate blog kerana aku bz ngan kerja opis(xde r bz sangat) n bz ngan kerja photography aku(ni btul tgh bz r)..bukan aku x nak update, tapi mood tu xde lagi..ni pun baru dtng mood ni..

aku baru2 ni, dalam 3-4 minggu lepas r, slalu baca blog orang len r..yang pasti bukan blog mak merah sbab aku bkn nk tau hal2 korang, korang btpe hari2, beli itu ini, g mana2 lantak ko r..mungkin orang len suka tau hal korang tapi aku bukan cmtu..

blog yg aku slalu baca baru2 ini ialah kutuk melayu dan 'fixing a tube'..

dua blog ini bagi aku sangat best, sebab:

1. Mantot(pemilik kutuk melayu) post benda2 yang general, adelah sket2 bnda berkaitan ngan diri peribadi die, tapi yang tu aku skip r..

2. GENERAL maksud aku disini ialah benda yang berlaku di persekitaran hidup kita, dalam kitaran hidup kita sndri..seronok baca bnda2 tu sbb aku dapat memperluaskan pemikiran aku lagi untuk berpikir secara kreatif dan kritis..lagi2 lah aku yg tak berkecimpung sangat nk tau hal dunia ni..

3.Yang tukar tiub tu plak, biasa lah, blog berkaitan dengan politik..aku walaupun x minat ngan politik MALAYSIA yg gampang, kene amik tau gak sbb nnt orang kata aku katak lak kan..aku dulik hape orang nk kata aku katak pun, tapi untuk berbicara ngan orang2 zaman sekarang ni, kenelah ade pengetahuan juga tntang tu..

4.Blog politik ni plak aku pasti dari pihak pembangkang, kalo x pembangkang dia duduk atas pagar, mcm humpty dumpty cuma die x jatuh lagi r and xkan jatuh rasenye..

itu je sebabnye aku rase..aku berminat nk tau bnda2 yang ade kaitan dengan persekitaran hidup aku, yang benefitnya bukan ke atas aku je, tapi ke seluruh masyarakat, ye r..kata '1MALAYSIA '..

dan pada itu, aku rase aku xkan update blog aku mengenai hidup aku je(yang x berfaedah) sebab aku pernah terbaca satu quote yang mengatakan:

  • Orang yang pandai adalah mereka yang bercakap tentang ilmu..
  • Orang yang biasa adalah mereka yang bercakap tentang peristiwa..
  • Orang yang bodoh adalah mereka yang bercakap tentang orang lain..
  • Orang yang paling bodoh adalah mereka yang bercakap tentang diri sendiri..
(Nota untuk Orang Slow..) Orang bijak tak mudah marah bila dengar ayat berbunyi “bodoh”, aku tak kata kat korang sorang, dan biasanya orang pandai bila dengar 4 rangkap terakhir yang aku quote kat atas akan tersenyum faham, kalau nak komplen, mungkin mereka yang pandai itu akan tambah lagi kepada perkara paling pandai atau perkara yang buat kita jadi paling-paling-paling bodoh, maka tolong jangan jadi bodoh, tolong.., tapi sebab kau tak faham dengan ayat yang ringkas maka aku terpaksa tulis makna ayat di atas. Cis! Orang yang bodoh adalah mereka yang bercakap tentang orang lain.., bermaksud, mengumpat dan yang sewaktu dengannya.., tak payah nak melenting, itu maksud aku, jelas, sebelum itu bukankah aku dah cerita kisah orang muda yang sedang mengumpat, kenapa tak faham? Manakala maksud, “Orang yang paling bodoh adalah mereka yang bercakap tentang diri sendiri”... , adalah orang yang memuji diri sendiri, mengumpat berdosa dan memuji diri masuk neraka, itu maksud aku, tapi jika kau tulis tentang diri sendiri namun terselit ilmu yang baik, maka kau jadi bijak, atau kau just cerita kisah kau dan peristiwa, maka kau jadi orang yang biasa sahaja.., dan andai kau cakap tentang orang lain, yang penuh dengan ilmu, kau akan jadi bijak jugak, tapi jika kau cerita hanya peristiwa orang lain, kau jadi biasa balik.. Maka janganlah perasan bodoh, kasihan, korang tu muda lagi.. Akhir kata, mereka yang tulis diari on line dan paksa orang baca, itu bodoh..,tapi mereka yang tulis tanpa mintak orang lain baca, menulis untuk diri sendiri, itu kira biasa sahaja.

aku amik dari blog mamat ni..

so smpai disini saja aku tulis sbb skrang da pukul 2.40 p.m..kang aku x buat keje bos aku marah, dan aku takut sbb mmg aku bersalah sbb bukak tenet n x bt keje time waktu keje, akakaka..

Wassalam~..


contoh kucing yang mengikut ajaran islam..mengelak syaitan memasuki bdan tuannye..aku inginkan kucing seperti ini

P:S: aku tengah mengikuti blog keretamayat..memang sangat berguna lagi2 terhadap diri aku ni..sedang cuba mengubah diri yang hina dina ini..



3 comments:

Atuk said...

Quote yang tulisan merah tu memamg betul. Jadi jangan jadi orang bodoh. Jadilah orang pandai iaitu orang yang tak banyak cakap, banyak senyum dan bercakap bila perlu aje....

CT FATIHAH said...

betul ckap awk, lebih2 lagi org yg buat blog untuk publisiti, suka tunjuk2 bgitahu apa yg dia ada, kdg aku pun menyampah gak.

Anonymous said...

Useful info. Lucky me I discovered your [url=http://www.saclongchampfr2013.eu]sac longchamp rose[/url] web site unintentionally, and I am surprised why this twist of fate didn't came about earlier! soldes sac longchamp [url=http://www.saclongchampfr2013.eu]pliage longchamp[/url] , I bookmarked it.