Saturday, August 11, 2012

Past, Present, Future Tense

Lama tak menulis. Lama jugak tak update hal-hal terkini dunia. So kini sedang cuba adjust dengan kehidupan sebagai manusia normal. Nak menulis secara rage, but as you go on with your life, perasaan nak rage ni makin berkurang. Adakah ini dinamakan permikiran matang? Aku pun tak tahu. Yang aku tahu, bila kau tak ambil tahu perkara-perkara remeh, perkara-perkara itu tidak menjejaskan permikiran kau. Dan paling penting apabila environment kau berubah, serta merta permikiran kau juga berubah.

Seringkali aku berkata kepada diri sendiri:

Orang yang bercakap tentang diri sendiri adalah orang paling bodoh
Orang yang bercakap tentang orang lain adalah orang bodoh
Orang yang bercakap tentang peristiwa adalah orang biasa
Orang yang bercakap tentang ilmu adalah orang pandai

Yes. Aku kebanyakkan masa menjadi orang bodoh. Memarahi K-Pop wave, tudung sanggul, rage sana sini. Environment menyebabkan permikiran jadi bodoh. So apabila environment bertukar, permikiran pun bertukar. Yes. Aku cuba menjadi orang biasa, berbual mengenai politik Malaysia, which aku dah give-up untuk ambil tahu secara dalam-dalaman kerana akan membuatkan diri terjebak kembali untuk menjadi orang bodoh, menyalahkan kerajaan, pembangkang, menteri-menteri. Mungkin aku hanya mampu mendengar pandangan orang yang lagi arif, dan bukan masuk campur untuk bertekak suara.

Now, untuk menjadi orang pandai....ini adalah satu benda yang sukar. Nak bercerita tentang ilmu, kena ada ilmu. Kena ada pengalaman. Kena banyak membaca. Dan bercerita tentang ilmu, kenalah ilmu yang betul. I've got some knowledge, but most of it is a common sense punya ilmu. Ilmu architecture yang ada pula hanya berguna untuk orang yang tertentu sahaja, bukan untuk semua.

The interesting part is not everybody love knowledge. People more attracted to current events such as the Olympic Games, illuminati and freemason, Rohingya muslims, BN vs PKR, which is good because aku dapat update juga dengan perkara-perkara di luar. Media sosial yang ada banyak memainkan peranan penting. Ramai rakan dan taulan sering berbicara mengenai perkara-perkara ini. But most of it just peristiwa, di mana aku tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menyalurkan bantuan kewangan kepada kaum Rohingya, mencabut undi parti yang adil dan berwibawa, menyalahkan pihak illuminati dan freemason yang sampai ada masa aku merasakan penciptaan Facebook pun illuminati punya kerja, hahahaha.

Ok. Dari tadi aku menjadi orang paling bodoh, orang bodoh, dan orang biasa. Bila nak jadi orang pandai? Sekarang juga kita mula. I was talking to my dad the other day. I said to him, if I got my salaries, I want to buy a car which he then give me an interesting idea. Property investment. Sumpah aku tak tahu apa-apa pasal property investment. Yang aku tahu tanah KL dan JB mahal. Dia kata orang sekarang banyak labur duit kat benda2 kecik dan singkat macam Apple products, cars, and other technology gadgets. Kereta akan turun harga, gadget setiap tahun berganti baru, tapi tanah tiap2 tahun makin naik harga. Since I've already got a Kancil, yang dah habis bayar, dia suruh aku beli tanah. Aku sangat respect sama bapak aku. Pemikiran dia lagi jauh ke hadapan dari aku yang belajar tinggi sampai masuk U tapi berfikiran untuk lagi 2-3 tahun je.

So what is property investment? Dari apa yang aku paham, kau beli property, tak kesahlah commercial building ke, condominium, houses, shoplots, and then kau dapat balik modal kau dan lebih dari itu. Aku tak kisah pasal duit, tapi aku tertarik untuk belajar macamana nak invest in property. Sure you need a lot of money to invest, kalau kau pilih property kat KL awal2 baru nak start memang kopak la.

So aku nak share satu tips yang bapak aku ajar, which is good I think. Pilih la property dekat dalam kawasan bandar. Tak semesti bandar besar, aku bagi contoh bandar Batu Pahat la disebabkan aku dari Batu Pahat. The town itself is developing. Rasa-rasa dalam 10-20 tahun, bandar Batu Pahat boleh menjadi sebuah bandaraya. For an amateur, aku rasa better cari rumah teres sebab harga property rumah teres lagi tinggi dari rumah flat@kondo. Tak semestinya pilih rumah yang dah siap, atau yang cantik, bersih. Carilah projek perumahan yang tengah develop atau rumah lama, usang tapi infrastruktur masih bagus lagi. Yang penting facilities in the neighbourhood is good. After you bought the property, barulah melabur lebih sikit untuk mencantikkan rumah tu. Lepas dah tip top, the price of the house is going to rise dari harga asal kau beli rumah tu.

I know this is some common knowledge, tapi benda ni buat aku teruja. Its not about the money that make me excited but the process of doing it. Seriously imo, it is an interesting knowledge. Aku hanya nak share dengan korang, if korang bacalah, hahaha. Read a lot of book, articles and surely the newspaper on the property section if you want to update more to the current situations.

For now, while I'm still free from the prison of work, aku nak membaca dan membaca. Insyallah mungkin pada masa akan datang, aku akan update lagi tips2 in property investment ni.

'Sorrylah kitew xde citew2 yang menarik nak kongsi dengan kowang, uhuk uhuk~~' XOXO


Tuesday, February 14, 2012

Apa itu Kahwin? Part 1: Lelaki

Assalamualaikum

Cuti memang best. Tak perlu pikir pape kecuali pening memikirkan bagaimana nak mengurangkan berat dan macam mana nak tengok movie kat PC sambil baring (LCD monitor susah nak terbalikkan). Tapi sampai bila nak bercuti. Tapi kalau dah kerja, dah macam masuk penjara. Aktiviti sama je. Haritu berborak berangan ngan member aku Zul, nak kerja jadi pengacara rancangan travel best gak. Takpe berangan sementara. Jangan berangan sampai kiamat.

Ok. Itu satu hal. Satu hal lagi, aku dok perhati orang post2 kat FB, tentang kahwin cara Islam. Bagus. Masing-masing dah amik tahu mengenai perkara ini yang bagi aku sepatutnya mereka amik tahu dari tahun 2001 lagi. Tapi diorang dah start amik tahu baguslah dari tak amik port langsung. Oleh kerana ramai orang suka baca mengenai hal-hal kahwin ni, aku pun bercadang untuk membuat satu post mengenai hal kahwin. Senang sket nak kasik rating post tinggi. Tajuk post pun kene kasik orang tertarik nak baca.

So makin ramai yang dah sedar betapa kakak2, abang2, sepupu2 diorang sebelum ni kahwin dengan berbelanja besar. Belanja yang tidak memerlukan dan hanya untuk bermegah di hari kahwin sahaja. Lepas tu miskin berhutang lepas kahwin. Bodoh. So sekarang ni kau nak buat ikut cara Islam secara sederhana, yang tidak memerlukan belanja banyak memang sangat dialukan, tapi sebelum kau bercerita tentang bab nak kahwin, kau dah LAYAK untuk kahwin?

Nak kata aku layak ke nak bercerita pasal kahwin, orang yang dah kahwin pun belum tentu boleh berhujah pasal perkahwinan dengan sebetul2nya. So kat sini aku cerita secara general dari opinion aku, opinion cedok internet, opinion ayat2 al-Quran dan al-Hadith. Harini takde rage ye kawan-kawan.

Rata2 semua orang dah tahu apa itu maksud perkahwinan menurut Islam. Tapi tak ramai yang tahu apa tujuan berkahwin. Ramai orang selalu fikir bila dah kahwin:

- akhirnya boleh berdua-duaan kat taman bunga tanpa segan silu.
- boleh la gomol isteri/suami tanpa takut2 lagi (sebelum ni gomol takut2).
- lepas ni suami aku kenelah support aku, gaji aku tak cukup nak beli beg tangan LV.

Haa...nombor 3 tu aku merapu. Tapi kebanyakkan mereka yang dah berkahwin/nak berkahwin adalah untuk mengelakkan lagi mereka terus terjerumus ke dalam lembah zina dan maksiat. Betul. Bagus. Imam Al-Ghazali pun ada cakap dalam kitabnya al-Ihya' Ulumuddin, salah satu tujuan perkahwinan adalah:

'Menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan mwmbawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat memelihara diri dari syaitan yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang haram.'

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Rum ayat 21:

'Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir.'

Menurut hadith Bukhari Muslim:

Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya: 'Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya'.

So dari hadith/firman Allah di atas kita boleh lihat, untuk melakukan sesuatu tidak kiralah dari segi perkahwinan ataupun ibadah yang lain, perkara pertama yang perlu datang kat kepala otak kita adalah kita lakukan demi mendapat keredaan Allah dan Rasul. Lepas dah pasang niat kahwin demi jalan Allah, barulah boleh pasang niat yang lain. Bagi sesiapa yang dah kahwin dan sebelum ni tak pasang niat kerana Allah, sila pasang. Belum terlambat lagi. Samalah juga yang kalau besok2 nak kahwin ni.

So, bila dah tahu tujuan perkahwinan, sampailah kita ke isi penting post ini iaitu LAYAKKAH kita berkahwin? Nak kahwin bukan senang woo. Duit yang digunakan untuk perbelanjaan perkahwinan macam nak beli submarine Rusia je. Sebab apa diorang guna duit banyak? Tengok post aku yang ni ---->KLIK AKU. Tapi itulah kalau tak ikut cara Islam, iaitu bersederhana dalam segala aspek. Lepas duit, nak kene ada rumah pulak. Takkan nak duduk kat dalam kotak kucing, berak kat pasir je. Rumah flat sekarang pun bukannya murah. Setakat duduk dua orang boleh lah. Dah terberanak 4 nanti kan susah. Lepas rumah, nak kene ada kereta dah. Rata2 orang sekarang memang dah beli kereta siap2 dah. Kereta megah bergaya, hutang pun tiap2 raya tak abis bayar. Masuk lagi duit hutang kahwin, setel~. Tapi walaupun kau mampu untuk bayar wang hantaran RM 123,456, rumah banglo bertapak di Damansara Utama, dan memiliki kereta 4,5 biji, adakah kau masih LAYAK untuk berkahwin?

Dari segi kebahagiaan duniawi kau dah boleh dianggap sempurna dan boleh kahwin dah. Tapi dari kebahagiaan akhirat sudah cukup? Disini ada beberapa perkara yang perlu dilihat dan difahami bagi lelaki yang nak berkahwin. Yang dah kahwin pun boleh baca.

1. KEPIMPINAN

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Nisa' ayat 34:

'Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggujawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah mebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan'

Bolehkah kau jadi ketua keluarga? Kalau yang dah kahwin, bagaimana tahap anda sebagai ketua keluarga sekarang? Aku doakan yang baik2 saja. Kalau sebelum ni korang ketua darjah, class representative, mahupun captain dalam team Barcelona F.C, korang dah ada sedikit ilmu untuk menjadi seorang pemimpin. Lagi2 kalau kau pemimpin negara. Semestinya kau dapat memimpin keluarga kau menjadi keluarga yang soleh. Tapi bagaimana kalau tidak pernah jadi ketua? Ataupun sebelum ni jadi ketua dan gagal melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna? Tiada apa yang sempurna kecuali Allah. Kalau tak pernah jadi ketua, dan ingin nak kahwin gak, belajarlah time tu. Agak susah sikit kalau isteri jenis keras kepala atau queen control, dan tidak termakan gertak 'tak ikut cakap aku, susah nak bau syurga'. Jumpalah pakar dan yang sewaktu dengannya. Jangan jumpa aku. Kalau jumpa aku, sila belanja makan je. Tapi bila dah dapat title pemimpin, jangan jadi pemimpin yang tidak adil dan zalim. Susah nak jawab kat akhirat nanti. Buku catit belah kiri menggunung je.

2. KETEGASAN

Tegas maksud kat sini bukan suruh jadi guru disiplin yer. Tegas dalam memimpin bakal isteri@isteri dalam membina keluarga yang mendapat keredaan Allah.

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Taghabun ayat 14:

'Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara ister-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka, (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'

So dah jadi pemimpin kenelah tegas dalam membimbing isteri dan anak2. Janganlah kalau dah masuk waktu makan malam, isteri anda dok layan FB / cite korea lagi, anda pun biarkan je. Cakap kat dia, perut dah tumbuh anak alien yang lapar. Cakap dengan baik2. Kalau ditengking, nanti dapatlah makanan garam lebih, sayur warna merah, ayam goreng hangus. Kalau ditegur dengan baik, kan sedap je isteri dengar. Lagi masakan penuh dengan kasih sayang. Lepas tu dapat 'dessert' lagi. Kan seronok. Besok2 takdelah die mengadap FB lagi time waktu makan. Semua dah tersedia je. Lagi seronok jika dapat menolong isteri memasak.

Berdasarkan hadith riwayat al-Bukhari:

Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya kepada Aishah r.a, 'Apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya?' Aishah menjawab 'Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, maka apabila masuk waktu sembahyang beliau pun keluar untuk bersembahyang'.

Haa. Kan seronok dapat saling membantu dalam kerja2 rumah. Tapi jangan lupa solat. Tak solat tapi tolong buat kerja2 rumah baik jadi pembantu rumah Vietnam je.

3. PEMELIHARA DARI API NERAKA

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Tahrim ayat 6:

'Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu(berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layannaya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.'

So kenelah memperbanyakkan lagi ilmu agama supaya dapat jadi idola isteri dan anak2. Jangan bila ditanya idola isteri nanti, Dato' Lee Chong Wei. Dapat apa. Dengan ilmu agamalah baru korang dapat memimpin keluarga kamu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah. Kenelah selalu praktikkan apa yang korang ajar kepada keluarga kamu. Jangan suruh diorang tutup aurat, pastu malamnya keluar main badminton seluar pendek atas lutut. Suruh isteri jangan marah2, dapat surat saman polis trafik mencarut. Kan tak elok tu.

4. MEMBERI NAFKAH.

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Thalaq ayat 7:

'Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu).'

Menurut hadith Riwayat Ibnu Majah:

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.'

Setelah kahwin, kenelah bagi nafkah kat keluarga. Banyak mana yang dibagi tu terpulang kepada kemampuan diri. Jangan bagi sampai terpaksa berhutang dengan along. Tapi kalau isteri mintak rumah banglo, dan kau hanya mampu untuk bayar sewa rumah flat je, bawaklah berbincang dengan isteri. Isteri yang solehah akan memahami suaminya dan tidak akan meminta lagi. Lainlah jika dapat promotion kerja esok hari, naik gaji tiga kali ganda. Kenalah bagi yang seadilnya dengan apa yang kau peroleh. Jangan kerja CEO, tapi bagi isteri makan nasi ikan kering sambal kicap je. Lain macam je tu.

Di atas ni antara perkara-perkara untuk menjadi suami yang berjaya la. Berjaya di dunia dan di akhirat. Insyallah. Tapi aku nak tambah dari opinion aku sendiri r. Sebelum korang nak melangkah ke alam perkahwinan ni, pandang diri tu, tengok depan cermin, solat tinggal tak? Kalau ada tertinggal lagi, sila perbaiki mulai sekarang.

Hadith Muslim dan al-Tirmizi mengatakan:

Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Di antara hamba Allah dan di antara kufur ialah meninggalkan solat.”

Kalau tidak solat dan selalu meninggalkan solat, bagaimana nak pimpin keluarga ke arah jalan yang benar. So dari pandangan aku, lebih baik baiki perkara wajib yang utama sebelum nak melakukan perkara wajib yang lain. Jika bagi sesiapa yang dah kahwin dan masih lagi tertinggal solat, sama-samalah baiki mulai sekarang. Janganlah jadik seorang pemimpin keluarga yang jahil dari bab agama. Susah akhirat nanti.

Itu serba sedikit yang aku boleh kongsi dengan korang. Itupun dengan hasil pencedokkan internet dan apa yang aku fahami serba sedikit. Untuk wanita, aku akan buat post seterusnya lepas ni. Kene dalami sedikit sebab aku lelaki. Kalau perempuan dah tentu aku buat post mengenai perempuan dulu.

Secara jujurnya aku belum boleh berkahwin. Dari segi kewangan, mahupun dari segi agama. Diri sendiri pun belum boleh bimbing, nak bimbing orang lain camne gaya. Maybe boleh betulkan diri bila dah kahwin tapi aku tak rasa camtu. Kehidupan masih lagi terumbang-ambing, suka main PC game lagi, suka main FB lagi, tidak menunjukkan kematangan dalam berfikir, camne orang nak amik jadi suami.


Berkahwinlah secara sederhana. Tak payah guna pelamin bagai. Tak payah guna photographer. Masih boleh menjamin keluarga bahagia.
----------------------------------------------------------------------------------------------
To be Continue.

Thursday, February 09, 2012

Rage 3.0 - Episode 2

So we continue...
---------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh ke-4

Aku suka mengambil gambar, begitu juga kebanyakkan orang. Bila amik gambar, kita upload di FB. Nak print gambar, masih student- duit takda. Yang kelakarnya bila kau upload gambar, contohnya gambar kau pergi Negara China- student trip bersama lecturer, first time kau ke luar negara dan ingin berkongsi gambar dengan rakan2 yang tak pergi. Mesti nanti dalam comment gambar kau, ada sorang makhluk yang akan menulis:

'eee, pergi x ajak~ sombong la sekarang~~'

Kepala bana kau aku nak ajak. Kalau kau ayah aku pun aku rasa kekwat kalau tetibe ayah aku comment camtu. Inikan pula kau hanyalah seorang makhluk yang dalam list friend aku, dan kau yang add aku, jarang2 tegur aku, tibe2 kat gambar aku kau comment 'pergi tak ajak'. Pelik2. Ni baru gambar kat Negara China, belum gambar yang ditag oleh Restoran Barra (apa motif nak amik gambar orang tengah makan kecuali untuk promote anak2 gadis kesepian). Kat situ pun korang komen:

'perghhh, makan tak ajak~~ camni lah syazwan sekarang, lupa member'

Susahlah camni. Aku makan pun nak kene ajak. Kau nak aku tulis gak ke kat gambar2 kau seperti:

'perghh, bbq tak ajak, camni la member'
'perghh, masuk MLM tak ajak, camni la kawan lupa kawan~'
'perghh, amik gambar berpelukan ngan awek tak ajak~~, camni lah lupa kawan~'

Kan tak best bunyi tu. Setiap masa kene kacau dengan komen tah apa2. Tapi nak buat camne. Dah kalau share di FB, your life is for everyone. Sharing is caring. Tapi nanti aku dah mati, kalau ade orang tag nama aku kat kubur aku, time tu kau jangan tak comment 'pergi tak ajak' plak. Please. Aku nak kau teman aku time tu.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh ke-5

Contoh yang ni terbalik dengan contoh ke-4 kerana aku yang jadik penyibuk tu. Tapi aku tak komen kat gambar2 kau dengan komen bodoh itu. Aku akan cuba mencari idea mencari apa yang boleh aku komen kat gambar@status@link yang korang post. Sebab2 aku sibuk nak komen adalah:

- korang dah letak kat FB, so it was ours to share.
- sape suruh ko tak tag nama2 orang yang boleh komen kat gambar@status@link kau
Sebenarnya aku kesian tengok status2 yang tidak ada komen mahupun like. Samalah juga gambar. So seboleh2nya aku akan cuba untuk memenuhi hajat korang yang cuba untuk berkomunikasi dengan manusia secara indirect. Paling bangsat aku boleh buat, aku akan tumpang sedih@gembira@marah bergantung dengan keadaan status@gambar kau camne. Aku tahu korang dambakan populariti dalam FB. Aku dulu pun pernah cuba camtu, tapi muka gengster perut boyot, anak2 gadis kurang berminat nak naikkan populariti aku. So aku taknak korang kecewa macam aku, aku akan pastikan kawan2 aku semua like status@gambar kau ye. Kau tak kesah kan? So contoh kalau status kau tu, kau buat quote yang aku tahu kebanyakkanya kau curi dari internet atau lagu, aku akan try tanya apa definisi yang kau faham dari quote tu. Aku akan mintak kau explain kat aku secara detail tentang apa yang cuba disampaikan dalam quote tu. Perbincangan yang sihat malahan boleh dapat mengembangkan minda. Dok gitu?

---------------------------------------------------------------------------------------------

That's all peeps for now. Kesimpulannya jangan menyimpul benang yang basah. Susah. Sekarang aku sedang dengar lagu Atreyu-Bleeding Mascara. Kalau nak dengar pergi youtube, type sendiri. Jangan malas. Jangan main-main. Pakcik dan makcik jangan main-main.

So kalau dah main FB jangan marah kalau orang sibuk dengan hal kau. Dan jangan terlalu sibuk untuk tahu hal orang. Jiran sebelah rumah tak nak pulak bertegur sapa, tanya nama sape, asala mana, ni orang tu dok jauh kat Utara, Timur, Barat, Selatan la kau dok nak tahu hal dia. Esok pagi kalau terserempak jiran tegur, tanya khabar dia. Kalau taknak tahu, jangan nak amik port hal orang dalam FB. End. Assalamualaikum.

Rage 3.0 - Episode 1

Assalamualaikum.

Apa khabar semua!!! I'm back peeps!! Wazzup wazzup!!

Ok cukup dah gedik. Kat FB dah gedik, kat sini kita serius. Jangan main-main. Pakcik dan makcik jangan main-main.

Semalam malam aku lepak makan tempe kat sebelah Dewan Jubli Intan, Batu Pahat (kalau tak tahu lantak korang). Keluar pukul 9, ingatkan pukul 10 dah balik, tengok2 jam dah pukul 1230, WTF. Tapi apa aku nk bincangkan di sini adalah mengenai salah satu topik yang aku dan member2 aku borakkan mengenai KEHIDUPAN DI ALAM FB.

First and foremost,

'segala yang tertulis adalah dari segi pandangan aku, tidak kene mengena dengan yang hidup atau yang mati kecuali rakan2 aku yang sekepala ngan aku, yang x sekepala...lantak hape aku'

Bagi yang tak bermain FB sangat, perkara ni xdelah mengganggu kitaran hidup mereka, tapi bagi aku yang selalu melayari FB untuk mencari 'erti kehidupan' mula merasakan makhluk2 tegar FB makin menjadi-jadi. Tapi bila aku pikir2kan semula, aku dulu pun camtu gak tapi aku start men FB sebetul2nya masa aku berumur 22 tahun, lepas abes diploma dan baru start kerja (tahun 2008) so xdelah tergedik sangat. Kembali kepada cerita asal, bagaimana FB mengambil alih kehidupan manusia.

Sebelum wujudnya laman2 sosial ni, kehidupan seorang manusia itu adalah hak milik peribadi. Kemudian kita akan berkongsi dengan pasangan hidup, kawan2 dan keluarga. Itupun tak semua yang kita beritahu. Selebihnya mungkin kita mengadu kepada pelacur yang dilanggani ketika isteri sedang pantang di kampung halaman, kepada orang asing yang tidak faham bahasa melayu, kepada kucing yang hanya menjilat kakinya ketika kau meluahkan perasaan, dan kemudian kepada Yang Esa bagi orang-orang yang mcm aku bila dah desperate baru nak teringat Tuhan (oh jahilnya aku~). Tapi kehidupan ini sudah lama berlalu. Sekarang zaman sosial. Tiada rahsia dalam hidup melainkan kalu kau memang pandai menyimpan rahsia (Dr. Fadzilah Kamsah mengatakan ciri-ciri orang lahir bulan November kebanyakkannya pandai menyimpan dan mencungkil rahsia, mungkin korang pandai cungkil tapi tak pandai simpan).

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh Pertama.

Sekarang dengan adanya laman sosial, aku boleh tahu apa kau buat haritu tanpa kau beritahu aku. Contohnya:

'Harini memasak untuk hubby. Kesian hubby lapar~. Maaflah masakan tak berapa nak sedap'

Ok ini salah satu perkara yang menyebabkan kehidupan kau sudah tiada rahsia lagi. Tanpa perlu tanya kau, aku dah tahu:
- Hubby ko pelahap
- Kau tak pandai memasak
- Mak mertua datang nak rasa masakan, tapi kau pakai 'Perencah Nasi goreng Maggi', so masakan kau automatik rasa sedap

ok aku merapu no 3 tu. Tapi apa yang aku nak tahu kenapa kau nak beritahu dekat status FB bahawa hubby kau lapar? kenapa kau buat status kau tak pandai memasak? Adakah sebenarnya kau nak meminta seseorang mengajar kau memasak tapi oleh kerana nak nampak macam indirect question, kau buat status ala-ala isteri gedik? Dan siapa nak tahu hubby ko lapar ke tak? Hubby kau pun tak main FB dah so dia tak tahu pun kau tak pandai memasak sebenarnya. so nnt kawan2 laki hubby kau yang masih bermain FB akan beritahu kat hubby kau yang kau tak pandai memasak, pastu dia tanya 'mana kau tahu'. pastu dia cakap 'isteri kau cakap'. pastu gaduh. end. ok merapu dah melampau sangat. Fahamkan apa yang aku cuba sampaikan? Tak paham xpe, ada banyak contoh lagi. Tapi status2 seperti ini menyebabkan aku meng-unsubscribe-kan kau supaya aku tak terus nyampah. Nanti dosa.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh ke-2.

Pernah tengok orang upload gambar anaknya selalu kat FB? Ye saya tahu kamu sayang anak kamu. Tapi saya tak sayang anak kamu. Kalau saya sayang anak kamu, saya seorang pedobear dan haru ditangkap polis. So maafkan saya kerana tidak menyayangi anak kamu seperti yang kamu harapkan. Balik2 bukak FB, muka anak kamu terpampang di laman home saya. Ye mungkin kamu upload gambar anak kamu kerana taknak terlepas moment die membesar, mungkin ada makcik2 kamu yang dah lama tak jumpa kamu nak tengok gambar anak kamu walaupun dah ada dua album anak kamu dalam FB kamu. Tapi bagi orang macam aku, yang dah lama tak jumpa kamu, tiba2 jumpa, aku dah tahu anak kamu boleh buat apa, pakai diapers apa, baju tu beli kat mana, dah boleh cakap apa tanpa kau beritahu aku. Kalau anak kamu tu bebal, mungkin dia ingat aku David Blaine. Tapi anak kamu pintar, boleh main game di laptop dan iphone kamu, mengalahkan score kamu lagi.

So, aku dah tahu anak kamu boleh buat apa smua, apa je topik yang aku boleh bual ngan kamu? kerja kamu? Kamu selalu je update status FB so aku anggap kamu tidak bekerja. Isteri kamu mengandung? Apa efeknya pada diriku? Adakah bila dengar isteri kamu mengandung menyebabkan perutku tibe2 busung seperti ibu mengandung? Tidakkah kamu teringat bagaimana kamu masa remaja selalu menyelongkar album2 gambar keluarga mencari gambar2 kamu masa kecil? Bukankah seronok pengalaman itu? Sekarang bukak laptop je dah nampak folder gambar anak berjela2. Kalau di-print lain la cerita, tapi ini dibiarkan sahaja di dalam laptop. Mudah dan murah katanya. So kalau mahu diceritakan kisah anaknya di dalam FB, biarlah berpatutan pada hari2 yang meaningful seperti:
- hari Danish(bukan nama sebenar) dia berkhatan
- hari dia khatam al-Quran pertama kali
tidak perlulah yang tidak bermakna seperti:
- hari Danish cebok bontot first-time(kalo ada sumpah aku tak berminat nak tahu).
- hari dia menyanyi lagu Anuar Zain dengan fasihnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh ke-3.

Pernah tengok anak gadis? Comel kan mereka. Tapi dalam FB mereka dah tak comel. Kenapa? Kerana di dalam FB anda dapat melihat bagaimana anak gadis bertukar menjadik attention whore. Biasanya terjadik kat anak gadis baru melonjak ke alam universiti. Hari-hari perlu di-update statusnya. Tidak update sehari tidak sah, macam aku juga. Tapi aku tahu aku update status pun tidak membawa impak kepada anak2 gadis. Tetapi anak2 gadis ini kalau update status akan membawa impak jantan2 kelaparan di alam FB. Merekalah tukang like status anda. Tanpa jantan2 kelaparan ini, status anda tak dapat like sampai 50 lebih. Jikalau ada anak2 gadis kelaparan, dah lama status FB aku mencapai 100 like. So anak2 gadis ini sudah berkongsi kehidupan seharian mereka di dalam FB, kan bahaya itu. Jikalu setakat jantan2 kelaparan tidak apa, tetapi jikalau jantan2 spy bagaimana? Kalau kamu update foursquare kamu di Jusco Melaka contohnya, jantan2 spy ni yang mungkin berdekatan dengan Jusco akan keluar dan mencari kamu di Jusco, memerhatikan kamu dari jauh, dah puas tengok, balik fapping. Kan tidak manis itu. Elok saja jika mahu update status hari2, jangan memberitahu kamu buat apa dan dimana, elok saja memeberi status yang membina diri seperti:

- hari ini i pergi kedai Jakel beli kain kafan untuk belajar kelas agama petang ni. seronoknya! XOXO :P

lagi elok jika anak2 gadis ini tidak kerap meng-update dirinya, kalau dah tahu apa yang mereka suka dan tak suka, siapa rakan2 rapat mereka, tiadalah kesukaran dalam berkenalan dengan mereka, tidak perlulah buku 'Bagaimana untuk memikat anak gadis' keluaran Jun 2009 oleh Basheer Publishing. Tidak bergunalah petua2 ibu bapa untuk memikat anak gadis. Stalk mereka di FB selama beberapa hari, dan anda berpeluang untuk FB chat dengan si dia. Pastikan anda buat-buat tak tahu apa yang mereka suka makan, minum, dengar musik apa, tengok cite apa. Pasti berjaya!

------------------------------------------------------------------------------------------------------

TO BE CONTINUE...